10 hadiah unik untuk Hari Bapa

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selamat Hari Bapa!
Selamat Hari Bapa!

Hari Bapa akan disambut tidak lama lagi iaitu pada tarikh 21 Jun 2020. Kadangkala kita terlupa akan pengorbanan seorang insan yang bergelar Ayah, Daddy, Abah, Papa dan banyak lagi panggilan yang dipanggil di seluruh dunia. Kebiasaanya kita akan menghargai seseorang itu jika mereka telah tiada. Apa kata tahun ini kita ubah mentaliti tersebut dengan menghadiahkan insan yang banyak berjasa kepada kita dengan sebuah hadiah. Jom kita lihat 10 hadiah yang unik untuk diberi kepada insan yang berpenat lelah mencari rezeki untuk menyara keluarga :

1. Vacuum Mug : Air sejuk atau panas kekal pada suhunya walaupun sudah berjam-jam.

Yika Rambler Stainless Steel Coffee Mug Cup Insulated 30oz Tumbler New

Yika Rambler Stainless Steel Coffee Mug Cup Insulated 30oz Tumbler New
Yika Rambler Stainless Steel Coffee Mug Cup Insulated 30oz Tumbler New

2. Dompet kulit asli : Kalau pakai dompet jenis kulit ni dia tahan lama dan nampak elegan. Biasanya orang-orang tua suka akan barang yang diperbuat dari kulit. Lagi lama pakai lagi mengancam perginya.

Levis Men Genuine Leather Short Wallet Wallets + Belt Belts

Levis Men Genuine Leather Short Wallet Wallets + Belt Belts
Levis Men Genuine Leather Short Wallet Wallets + Belt Belts

3. Album gambar : Tiada yang lebih bermakna dengan menghadiahkan album yang berisi gambar keluarga kepada bapa. Beliau akan mengimbau masa lampau kerana sekeping gambar menceritakan segala-galanya.

4R 6inch 200/300 Pockets Photo Album

4R 6inch 200/300 Pockets Photo Album
4R 6inch 200/300 Pockets Photo Album

4. Fitness Tracker : Jangan sangka bapa kita tidak mengetahui tentang teknologi bahkan mungkin mereka lebih advance daripada kita. Apa kata kita hadiahkan satu Fitness Tracker kepada mereka supaya mereka kekal aktif di usia yang semakin meningkat. Orang cakap benda yang kita selalu pakai adalah benda yang paling kita sayang.

Fitbit Versa Lite Edition Smart Watch

Fitbit Versa Lite Edition Smart Watch
Fitbit Versa Lite Edition Smart Watch

5. Pencukur elektrik : Jika bapa kita sering mengadu terkena mata pisau pencukur, apa kata kita hadiahkan beliau dengan shaver electric. Walaupun agak mahal berbanding pisau cukur konvensional, tetapi dalam jangka masa panjang ia memberikan lebih nilai. Misai dan jambang pula dapat di ‘trim’ dengan lebih kemas.

Philips Wet and dry electric Shaver

Philips Wet and dry electric Shaver
Philips Wet and dry electric Shaver

6. Perfume : Minyak wangi yang original dan tahan lama biasanya mahal. Memakai minyak wangi dapat menyerlahkan ketrampilan dan keyakinan sang pemakai. Walaupun mahal, minyak wangi yang original biasanya tahan lama dan baunya boleh melekat di badan atau baju sehingga 16 jam. Bapa anda tentu suka!

Davidoff Cool Water EDT

Davidoff Cool Water EDT
Davidoff Cool Water EDT

7. Cermin mata : Kadangkala bapa kita tidak dapat memandu dengan baik pada siang hari kerana pancaran matahari yang kuat. Memakai cermin mata yang dapat mengurangkan kadar cahaya masuk kedalam mata adalah sangat penting untuk keselamatan pemandu. Jenama Ray-Ban memang antara jenama cermin mata yang terbaik didunia. Siri Aviator adalah antara model yang paling popular dikalangan penggemar Ray-Ban. Aviator ini asalnya dipakai oleh juruterbang-juruterbang di seluruh dunia ketika menerbangkan pesawat.

Ray-Ban Aviator

Ray-Ban Aviator
Ray-Ban Aviator

8. Radio moden tapi antik : Mengimbau masa lalu dengan radio yang kelihatan antik tetapi moden dari segi ciri-cirinya. Bapa anda tentu suka dapat mendengar radio sambil bercucuk tanam atau melakukan aktiviti harian beliau.

Vintage Retro Antique

Vintage Retro Antique
Vintage Retro Antique

9. Berus gigi elektrik : Kadangkala kita penat memberus gigi, tetapi gigi masih tidak kelihatan bersih. Dengan menggunakan berus gigi elektrik, gerakan yang dihasilkan lebih konsisten. Oleh itu, gigi dapat dibersihkan dengan lebih cepat tanpa merosakkan gusi.

Oral-B Vitality Precision Clean Rechargeable Electric Toothbrush

Oral-B Vitality Precision Clean Rechargeable Electric Toothbrush
Oral-B Vitality Precision Clean Rechargeable Electric Toothbrush

10. Kotak Penyejuk (Cooler) : Sering ibu bapa kita datang menziarah kita membawa makanan dari kampung seperti buah-buahan, ikan segar, daging dan pelbagai juadah yang tiada di tempat kita. Mereka biasanya menggunakan styrofoam box yang agak sukar dibersihkan selepas diguna. Dengan membeli kotak penyejuk yang diperbuat daripada plastik dan tahan lasak, mereka boleh menggunakannya selalu dan lebih hygiene. Kita untung kerana dapat makanan, bapa pun tentu gembira. Sambil menyelam minum air orang kata.

Coleman 16QT Cooler Durable Tough Heavy Duty Outdoor Coolers Box

Coleman 16QT Cooler Durable Tough Heavy Duty Outdoor Coolers Box
Coleman 16QT Cooler Durable Tough Heavy Duty Outdoor Coolers Box

Selamat Hari Bapa !

Baca artikel tentang : Panduan, tips dan cara membeli Laptop terbaik mengikut spefikasi dan kehendak


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *