10 Jenama Motosikal Kapcai Pilihan rakyat Malaysia Terbaik dan Popular

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motosikal kapcai terbaik dan murah
Motosikal : Nadi pengguna jalan raya

Menjadi idaman setiap pemuda dan pemudi untuk memiliki sebuah motosikal.

Ada tempat yang tiada pengangkutan awam dan satu-satu cara yang paling jimat adalah dengan menaiki motosikal.

Kenapa rakyat Malaysia menggemari motosikal jenis kapcai?

Ini kerana, motosikal jenis ini sangat jimat petrol. Isi RM10 boleh tahan hampir seminggu (mengikut jarak).

Kalau isi RM10 dalam kereta mungkin hanya bertahan sehari je ulang alik kan.

Selain itu, kos penyelenggaraan yang minima dan mudah menjadi faktor yang sering diambil kira oleh pengguna.

Paling kuat pun tukar minyak hitam yang boleh dibuat sendiri di rumah jika ada alat dan minyak yang boleh dibeli di laman beli belah online.

Road tax dan insuran pun lebih murah. Tak perlu kita main kutu untuk memperbaharuinya.

Satu lagi, parking motosikal senang dicari dan murah. Tidak seperti kereta yang memerlukan kos parking yang agak tinggi.

Yang paling pengguna suka adalah mobiliti sesebuah motosikal terutamanya dikala trafik yang sesak. Sampai lebih awal ke destinasi ye tak.

Jom kita tengok 10 motosikal kapcai terbaik yang menjadi pilihan jejaka mahupun perawan di luar sana.

Ayuh yuk !

1.Yamaha Y15ZR (V2)

Motosikal idaman ramai. Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku. Bagi yang tidak tahu kenapa diberi nama Ysuku? Kalau 15 dalam jam apa? Suku kan. So jadilah Ysuku.

Antara kapcai 150cc yang terbaik dipasaran Malaysia.

4 lejang, Fuel Injection dan menggunakan coolant untuk sistem penyejukan

Disc brake depan belakang.

Kapasiti tangki petrol 4.2L

Mantap !

Motosikal kapcai terbaik dan murah
Yamaha Y15ZR (V2)

2. Yamaha 135LC Super Sport

Kalau nak cari yang lebih murah daripada Ysuku, motosikal ini jawapannya.

135cc dengan kapasiti petrol 4 liter

Motosikal kapcai terbaik dan murah
Yamaha 135LC Super Sport

3. Honda Dash 125i

Siapa tak kenal Honda. Motosikal paling popular adalah Honda Ex5. Memang tahan lasak. Masuk kebun selamber jer. Rekaan terbaru ini lebih moden dan futuristik.

Kapasiti enjin 125cc. 2 brake disc dia bagi.

Fuel injection dengan kapasiti tangki petrol 4 liter.

Motosikal kapcai terbaik dan murah
Honda Dash 125i

4. Honda Wave Alpha

Kapasiti enjin 109 cc

Kapasiti tangki petrol 3.7 liter

Drum brake.

Motosikal kapcai terbaik dan murah
Honda Wave Alpha

5. YAMAHA YZF-R15

Yang ini motosikal yang ala-ala superbikes yang mampu milik. Walaupun bukanlah kategori superbikes, tetapi rekaan dan body kitnya sangat versatil dan mengancam. Boleh guna lesen B2 je nak bawa motor ini sebab kapasiti enjin 155cc.

Ada 6 speed, pakai cluth . Depan belakang brake disc.

Sesuai untuk jalan jauh tanpa kerap isi minyak kerana tangki dia besar 11 liter.

Motosikal kapcai terbaik dan murah
YAMAHA YZF-R15

6. KRISS MR2 110

Motosikal keluaran syarikat daripada Malaysia. Siapa tahu maksud Modenas apa?

Modenas bermaksud Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. Cool bukan.

Belilah barangan buatan Malaysia kerana ia dapat membantu ekonomi rakyat tempatan.

Motosikal ini berkapasiti 110cc

Kapasiti tangki petrol yang agak besar iaitu 4.5 liter

4 transmisi kelajuan. Brake disc depan.

Harga mampu milik beb ! Sekitar RM4200

Motosikal kapcai terbaik dan murah
KRISS MR2 110

7. HONDA BEAT

Siapa yang tak suka tukar-tukar gear dan tak pandai tukar gear.

Ada tau yang tidak tahu tukar gear semasa mula bergerak, semasa diatas bukit atau semasa keadaan memerlukan. Yang dia tau hanya pulas throttle.

Kebiasaannya motosikal skuter ini sesuai untuk wanita kerana tidak perlu mengangkat kaki terlalu tinggi untuk menaiki motosikal.

Kapasiti enjin 110cc dengan kasapiti tangki minyak 4.2 liter.

Motosikal kapcai terbaik dan murah
HONDA BEAT

8. HONDA WAVE 125I 2D

Satu lagi motosikal Honda yang mampu milik.

Kapasiti enjin 125cc dengan kapasiti tangki petrol 5.4 liter.

Antara kapasiti tangki petrol yang besar bagi segmen motor kapcai.

Brake disc depan.

Motosikal kapcai terbaik dan murah
HONDA WAVE 125I 2D

9. Modenas Kriss 110

Sama macam Kriss MR2 110.

110cc dengan kapasiti tangki 4.2 liter

Beza paling ketara tiada disc brake.

Motosikal kapcai terbaik dan murah
Modenas Kriss 110

10. Yamaha Lagenda 115z

Memang lejen motosikal ni. Model pertama lagenda ini lampu dia berbentuk love. So sweet.
 
Motosikal dengan keupayaan enjin 110 cc ini dilengkapi dengan fuel injection.
 
Tangki minyak pul 4.05 liter
 
Depan brek disc dan belakang brek drum
 
Motosikal kapcai terbaik
Yamaha Lagenda 115z
 
 

Kesimpulan

Perkara pertama sekali yang perlu anda tanya diri anda adalah, apakah bajet yang anda ada.

Beli secara online lebih murah daripada kedai biasa, tetapi perlukan cash.

Boleh juga lihat kedai online yang menawarkan ansuran, tetapi sudah tentu harga lebih mahal.

Pilih motosikal bukan untuk bergaya, tetapi lebih kepada memudahkan kita bergerak daripada point A ke point B.

Motosikal jenama Yamaha dan Honda sudah pasti mempunyai kualitinya tersendiri kerana sudah lama bertapak dalam dunia permotoran.

Jika anda sering membuat perjalanan jauh, belilah motosikal yang cc nya lebih besar kerana lebih selesa dan mempunyai tangki minyak yang besar

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.

Kalau berminat jom baca tentang 5 Topi Keledar Motorsikal terbaik 2020 (helmet)


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •