10 Powerbank terbaik di Malaysia 2020 (Pineng)

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Powerbank terbaik di Malaysia
Powerbank terbaik di Malaysia

Powerbank sudah menjadi kemestian kepada semua pengguna telefon pintar pada masa kini.

Kekerapan kita menggunakan telefon pintar menyebabkan bateri yang dicas semalaman habis dalam masa yang singkat.

Kadangkala, tuntutan kerja yang banyak menggunakan telefon pintar menyumbang kepada penyusutan bateri yang amat pantas.

Tidak semua tempat ada menyediakan tempat untuk mengecas dan tidak semua pengguna hendak membawa kepala dan wayar pengecas kemana-mana.

Oleh itu, terciptalah powerbank bagi mengatasi masalah diatas.

Apakah kelebihan powerbank sehingga menjadi satu kemestian kepada semua pengguna telefon pintar?

Tidak lain tidak bukan adalah kemudah alihan (portability) powerbank tersebut untuk dibawa kemana-mana.

Boleh dibawa ke kampung, bercuti, dalam kereta, ke tempat kerja, ke restoran dan bermacam-macam lagi tanpa risau akan bateri telefon pintar yang semakin flat.

Oleh itu jom kita tengok 10 powerbank terbaik di pasaran Malaysia dibawah.

Admin memilih jenama Pineng kerana kualiti dan ketahanannya berbanding jenama yang lain,

Admin ada 2 powerbank jenama Pineng yang sudah dipakai lebih 2 tahun dan masih memberikan kuasa yang diingini.

Bateri juga tidak mudah mengelembung yang sering ditakuti di kalangan pengguna.

Jika anda berminat dan ingin mengetahui harga powerbank yang disenarai, boleh klik pada gambar.

10 Powerbank Terbaik Malaysia 2020

1.100% Original PN931 10000MAh Powerbank Fast Charge High Speed

 

PN931 10000MAh Powerbank
PN931 10000MAh Powerbank

 

Powerbank ini adalah antara model terbaru yang dikeluarkan oleh Pineng.

Apa yang istimewanya adalah powerbank ini mampu memberikan cas berkelajuan tinggi kepada peranti anda.

Oleh itu, ia sesuai untuk pengguna yang mementingkan kepantasan dalam mengecas dan tidak ingin menunggu lama.

Dengan hanya berat sekitar 230g, model ini adalah antara powerbank yang paling ringan di pasaran.

 

2. POWERBANK PINENG PN958 10000mah PN-958 PN958 PN 958 Ultra Slim USB Output 2.1A/1A

 

POWERBANK PINENG PN958 10000mah
POWERBANK PINENG PN958 10000mah

 

Powebank ini ada satu ciri-ciri yang lain dari yang lain.

Powebank ini mempunyai fungsi ‘shaking to charge’.

Hanya dengan menggoncang powerbank tersebut, peranti anda akan mula mengecas.

Berat adalah sekitar 250g.

3. 100% Original Pineng Wireless Power Bank Super Slim 10000mAh PN886

 

Pineng Wireless Power Bank Super Slim 10000mAh PN886
Pineng Wireless Power Bank Super Slim 10000mAh PN886

 

Powerbank ini adalah antara powerbank yang terbaik di pasaran Malaysia.

Apa yang menariknya, powerbank ini mempunyai fungsi wireless charges.

Hanya perlu meletakkan telefon pintar yang dilengkapi dengan ciri cas tanpa wayar diatas powerbank ini dan walla, ia terus dicas.

Powerbank ini adalah antara powerbank terbaik untuk pengguna Iphone kerana harga yang mampu milik. Yela, nak beli wireless charger di kedai Apple harganya kayangan.

Tips, pastikan model telefon pintar anda ada fungsi wireless charging sebelum membeli ya !

 

4. 100%Original Pineng Powerbank Pn899PD 30000Mah Quick Charge 3.0 powerbank pineng

 

Pineng Powerbank Pn899PD 30000Mah
Pineng Powerbank Pn899PD 30000Mah

 

Powerbank ini adalah antara powerbank 30000Mah terbaik di pasaran.

Kadangkala, 10000mAh tidak cukup untuk bertahan sehingga petang atau malam.

Banyak juga powerbank yang mendakwa mereka mempunyai kapasiti sehingga 30000mAh, tetapi sebenarnya tidak !

Powerbank yang mempunyai kapasiti bateri sehingga 30,000mAh ini memerlukan teknologi pembuatan yang lebih jitu.

Ini kerana, semakin besar kapasiti bateri semakin mudah ia menjadi panas sehingga menyebabkan terbakar.

Semakin tinggi kapasiti bateri, semakin berat dan bulky juga powerbank yang direka.

Tetapi tidak dengan powerbank model ini yang hanya seberat 800gram.

 

5. Pineng Power Bank 20000mAh PN939

 

Pineng Power Bank 20000mAh PN939
Pineng Power Bank 20000mAh PN939

 

Ini juga adalah salah satu powerbank yang mempunyai kapasiti bateri yang besar.

Powerbank ini mempunyai kapasiti bateri sebanyak 20,000mAh dengan berat hanya sekitar 450 gram !

 

6. Pineng Power Bank 20000mAh PN969 Powerbank

 

Pineng Power Bank 20000mAh PN969
Pineng Power Bank 20000mAh PN969

 

Apa yang membezakan model ini dengan model PN939 adalah model ini mempunyai paparan peratusan bateri.

Berat juga kurang 10 gram dari model PN939 iaitu hanya sekitar 420 gram !

 

7. Original Pineng Powerbank PN985 10000mAh Small Size PN 985 Power Bank

 

Pineng Powerbank PN985 10000mAh
Pineng Powerbank PN985 10000mAh

 

Jika anda inginkan powerbank yang kompak dan kecil tetapi tak nak berkompromi tentang kapasiti bateri, pilih model powerbank ni.

Kadangkala powerbank yang dibeli terlalu berat dan besar sehinggakan mengambil ruang beg kita.

Kadangkala juga powerbank yang dibeli tidak muat poket dan susah digenggam.

Jika yang kecil pun, kapasiti bateri yang ditawarkan sangat sedikit. Sekali cas dah habis.

Tetapi tidak dengan model PN985 ini, selain kecil ia juga mempunyai kapasiti bateri sehingga 10,000mAh.

8. Pineng Power Bank PN 951 PN-951 PN951 10000mAh

 

PN951 10000mAh
PN951 10000mAh

 

Ambil model ini jika anda tidak inginkan wayar yang berselirat.

Ini kerana, model ini tersedia wayar pengecas secara built-in.

Tidak perlu lagi membawa wayar pengecas dirumah kemana-mana

Selain dapat mengelakkan dari hilang, ia juga tidak sepanjang wayar biasa yang mudah terbelit dan bergumpal.

 

9. Pineng Powerbank PN957 10000mAh PN 957 Built-in 4 Cables Power Bank

 

Pineng Powerbank PN957 10000mAh
Pineng Powerbank PN957 10000mAh

Model powerbank ini juga adalah model yang powerbank yang kompak tetapi mempunyai kapasiti yang besar dan ringan.

Berat hanya sekitar 185 gram dan mempunyai indikasi digital untuk penggunaan bateri (peratusan)

 

10. 100% Original Pineng powerbank pn965 10000mah

 

Pineng powerbank pn965 10000mah
Pineng powerbank pn965 10000mah

Model ini sama dengan model PN 951 cuma model ini ada extra lagi 3 kabel. Maka jumlahnya 4 kabel.

Ada kabel untuk pengguna Iphone, ada kabel untuk pengguna Android, 2 lagi kabel adalah USB C dan Macro.

So, tak payah pening-pening untuk cari atau beli kabel yang bersesuaian kerana model ini dah ada semua.

Kesimpulan

Beli powerbank mengikut penggunaan harian anda.

Jika anda seorang yang heavy user, sentiasa bermain game, merekod video dan memang bergantung sepenuhnya kepada telefon pintar, belilah powerbank yang mempunyai kapasiti yang besar.

Jika anda seorang yang light user belilah powerbank yang mempunyai kapasiti bateri yang rendah. 10,000 mAh sudah memadai.

Powerbank masakini sudah semakin murah dan baik. Pilihan ditangan anda !

Sumber Gambar : Laman Rasmi Pineng Lazada (Official Store Pineng Lazada)

Artikel lain :

Kamera GoPro dan Aksesori GoPro terbaik

Alat tekanan darah terbaik (Blood Pressure Monitor)

Alat Penimbang berat badan terbaik


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •