10 Thermos Terbaik (Vacuum Flask)

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Thermos tidak rugi dibeli
Thermos tidak rugi dibeli

 

Thermos atau Vacuum Flask adalah satu produk yang tidak asing lagi terutama bagi yang suka minum air yang panas. Golongan ibu pasti mempunyai sebiji Thermos untuk membuat susu anak. Golongan yang tua pula suka minum air kopi atau teh panas ketika travel. Mak-mak yang ingin buat susu anak pastinya inginkan thermos yang boleh isi air panas untuk tempoh yang lama. Barulah susu yang dibancuh tidak bergumpal dan baby pun tak menolak bila disua dengan susu.

Jom kita lihat 10 Thermos terbaik dibawah :

1. Thermos 1.50L Hydration Sport Bottle with Pouch

Thermos ini didatangkan dengan sarung yang ada tali untuk digantung. Senang, praktikal dan mudah dibawa kemana-mana. Tak risau kalau botol tercalar atau jatuh ketika berjalan.

 

Thermos 1.50L Hydration Sport Bottle with Pouch
Thermos 1.50L Hydration Sport Bottle with Pouch

 

2. Thermos 500ml Super Light Executive Tumbler

Thermos ni nampak elegan dengan rekaannya yang menirus dan licin. Sesuai untuk orang kerja pejabat yang inginkan stail. Bawa masuk pantry untuk mengisi air panas dekat Coway menjadi lebih bergaya.

Thermos 500ml Super Light Executive Tumbler
Thermos 500ml Super Light Executive Tumbler

 

3. Thermos 0.50L International Woman’s Day Edition Ultra Light Flask

Thermos dengan motif bunga yang menyerlahkan lagi ciri-ciri kewanitaan seseorang wanita. Thermos ini dilengkapi dengan penutup yang boleh dibuka hanya dengan menekan punat dan terus boleh diminum tanpa perlu memusing penutup.

 

Thermos 0.50L International Woman's Day Edition Ultra Light Flask
Thermos 0.50L International Woman’s Day Edition Ultra Light Flask

 

4. Thermos 0.50L Disney Tsum Tsum Ultra Light Flask

Thermos untuk budak-budak atau mak ayah budak pun boleh. Tak kisahlah, yang penting comel kan. Anak-anak yang culas nak minum air masak mungkin lebih suka minum air masak jika diletakkan dalam thermos yang ada lukisan kartun. Cuba dulu !

 

Thermos 0.50L Disney Tsum Tsum Ultra Light Flask
Thermos 0.50L Disney Tsum Tsum Ultra Light Flask

 

5. Thermos 2.0L Lifestyle Carafe

Selalu hidang air kat tetamu air jadi sejuk. Tidak lagi dengan thermos carafe ini. Diperbuat ala-ala teko orang zaman dulu-dulu anda tidak perlu lagi risau dengan tetamu yang cerewet. Thermos ini berupaya menyimpan air panas sehingga 12 jam. Lagipun ia diperbuat dari besi tahan karat yang senang dibasuh dan dilap.

Thermos 2.0L Lifestyle Carafe
Thermos 2.0L Lifestyle Carafe

 

6. Thermos 4.50L Outdoor Shuttle Chef

Kalau suka bercamping ditepi laut, hutan, atas gunung, kaki gunung mahupun di laman rumah, thermos ini perlu dimiliki oleh anda. Kalau letak sup , gerenti panas sehingga ke petang. Suami suka, mertua pasti lagi sayang. Boleh memuatkan sehingga 4.5 liter cecair atau nak letak nasi pun boleh. Tidak lagi perlu jadi chef untuk kelihatan pandai memasak.

Thermos 4.50L Outdoor Shuttle Chef
Thermos 4.50L Outdoor Shuttle Chef

 

7. Thermocafe 0.5L Perfect Living Flask with Strap

Thermos ini didatangkan dengan strap kecil. Cukup untuk jari jemari diselit dekat strap.

Thermocafe 0.5L Perfect Living Flask with Strap
Thermocafe 0.5L Perfect Living Flask with Strap

 

8. Thermocafe 0.35L Perfect Living Tumbler

Suka minum kopi dekat pejabat menggunakan cawan biasa? Kawan sebelah mengadu dengan bos bau kopi kuat sehingga menjejaskan prestasi kerja mereka. Tidak lagi dengan thermos ala-ala cawan ini. Didatangkan dengan penutup yang boleh dibuka dan ditutup dengan cepat, tiada lagi cakap-cakap belakang yang awak suka minum dari buat kerja.

 

Thermocafe 0.35L Perfect Living Tumbler
Thermocafe 0.35L Perfect Living Tumbler

 

9. Thermos 2.00L Ultra L&C Wide Mouth Jar

Thermos yang mak ayah kita dulu yang telah dimodenkan. Walaupun nampak old-school tapi dari segi praktibiliti sangat tinggi. Penutup yang boleh dijadikan cawan menampakkan anda sungguh sopan ketika minum.

Thermos 2.00L Ultra L&C Wide Mouth Jar
Thermos 2.00L Ultra L&C Wide Mouth Jar

 

10. Thermos 0.75L Ultra Light Flask

Hitam itu menawan. Tiada kata-kata lagi yang dapat mengekpresi kecantikan thermos yang bewarna hitam. Gaya seorang VIP tiba -tiba trigger.

Thermos 0.75L Ultra Light Flask
Thermos 0.75L Ultra Light Flask

Baca tentang Berus Gigi Elektrik Terbaik (Electric Toothbrush)

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *