Khasiat Buah Betik : Raja Buah yang sebenar

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Buah Betik yang sedang menunggu untuk dimakan

Buah betik sering dipandang sebagai buah kampung dan dipandang sepi oleh kita. Kita lebih mementingkan buah seperti epal, anggur, pear dan lain-lain. Tetapi tahukah anda bahawa buah betik mempunyai kandungan nutrien yang sangat tinggi yang sangat baik untuk tubuh badan kita sehinggakan layak digelar raja segala buah kerana khasiatnya yang banyak. Jom kita layan info dibawah tentang buah betik.

Faedah Kesihatan

Buah betik kaya dengan antioksida seperti karoten, vitamin C dan B, flavonoid, asid folat, kalium, magnesium dan serat. Nutrien ini penting bagi menjaga sistem kardiovaskular kita selain dapat menjaga usus kita daripada terkena kanser. Didalam buah betik juga terdapat satu enzim yang bernama Papain yang berupaya merawat cedera akibat sukan, trauma dan alergik.

Mengelak dari terkena Penyakit Jantung

Kandungan Vitamin A dan C didalam betik adalah lebih tinggi dari buah oren.Secara perbandingan, untuk 100g betik, terdapat 61.8g Vitamin C dan 1094IU Vitamin A, manakala untuk 100g oren, terdapat hanya 53.2g vitamin C dan 225IU Vitamin A. Tinggi bukan?

Apakah kegunaan vitamin vitamin ini? Ia dapat membantu untuk mencegah kolestrol jahat daripada teroksida. Apabila kolestrol teroksida ia akan menyebabkan kolestrol tersebut melekat pada saluran darah kita dan membentuk plak yang seterusnya boleh menyebabkan saluran darah kita menyempit. Apakah akan terjadi jika saluran darah kita semakin kecil? Tentulah darah yang mengandungi oksigen tidak dapat dihantar kepada jantung dan menyebabkan kegagalan jantung dan strok.

Kandungan Asid Folik di dalam betik juga membantu mengelakkkan penyakit jantung dan strok. Bagaimana ia berfungsi? Di dalam badan kita terdapat satu bahan yang dipanggil homocysteine yang jika tidak ditukarkan kepada asid amino akan menyebabkan salur darah kita rosak. Kerosakan inilah yang menyebabkan strok dan kegagalan jantung untuk berfungsi.

Membantu Pencernaan


Pernah tak masa kecil-kecil dulu kita disuruh untuk makan betik atau pisang oleh mak kita bagi melancarkan pembuangan najis. Kita selalu menolak kerana merasakan buah tersebut tidak sedap dan lembik. Kita lebih menggemari buah seperti anggur, oren dan delima. Orang-orang lama seperti mak ayah kita sudah mengetahui akan khasiat buah betik ini. Tanpa kajian saintifik, mereka tahu tentang kelebihan buah betik yang membantu proses pencernaan. Makan sahaja buah betik, selepas beberapa jam, terasa ingin membuang. Begitulah hebatnya buah betik ini.
Fiber didalam betik juga sangat membantu untuk mengelak kita dari terkena kanser kolon. Fiber akan bergabung dengan molekul kanser dan bertindak menjauhkan diri daripada usus.

Mengelakkan radang.

Didalam buah betik terdapat satu enzim yang sangat unik dinamakan papain. Enzim ini membantu mengurangkan radang didalam badan  seperti asma dan artitis.

Meningkat imunisasi

Jika anda sering terkena selsema dan jangkitan kuman di telinga, buah betik adalah buah yang baik untuk mengelak dari terkena penyakit tersebut. Kandungan Vitamin A dan C yang terdapat dalam betik sangat diperlukan oleh sistem badan kita untuk meningkatkan kadar imunisasi badan. Semakin tinggi kadar imunisasi, semakin kuat tubuh badan kita dalam melawan penyakit.

Mengurangkan penyusutan pemandangan

Selalu kita dengar masa kita kecil kecil dahalu, mak kita menyuruh kita makan carrot. Sebabnya ia boleh membuatkan mata kita terang. Selepas makan, kita pun tanya mak kita kenapa mata kita tak terang-terang lagi? Dah makan banyak pun tak terang pun. Sejak itu, kita pun tidak makan carrot lagi sebab kecewa mata macam itu juga. Ya, betul carrot membantu mata kita dalam keadaan yang sihat dan optimum.
Tidak mengapa, kalau anda tidak suka carrot, anda boleh makan betik kerana betik mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Vitamin ini membantu mata anda untuk melihat dengan lebih jelas dan mengekalkan kesihatan mata.

Mengelakkan kanser prostat

Betik kaya dengan lycopen yang boleh membantu mengelak dari terkena kanser prostat.  Mengikut kajian yang dilakukan, makan buah yang mengandungi lycopen seperti tomato dan tembikai dapat mengurangkan risiko terkena kanser prostat.

Walaupun buah betik senang dicari dan ditanam di Malaysia ini, masih ramai yang tidak tahu tentang kelebihan buah betik ini. Selayaknya ia patut digelar Raja Buah kerana pelbagai khasiat yang sangat membantu kita untuk hidup lebih sihat. Cuba untuk penuhkan peti ais kita dengan buah -buahan tempatan kerana buah buah tempatan tidak berada lama diatas kargo (tidak perlu diimport) dan kualiti yang terjamin. Kita sangat beruntung kerana mempunyai pelbagai buah-buahan yang bermutu tinggi kerana kita menerima matahari sepanjang tahun.

Apa kena mengena matahari dengan buah-buahan? Mengikut kajian saintis, tanaman yang menerima cahaya matahari yang banyak lebih berkhasiat berbanding buah buahan yang menerima cahaya yang sedikit. Pokok akan menukarkan cahaya matahari kepada biophoton dan menyimpan didalam buah. Biophoton pula diperlukan oleh badan sebagai nutrien yang sangat penting. Oleh itu, jom kita amalkan makan buah buahan setiap hari terutamanya buah betik.

Baca artikel tentang Diet Mediterranean, lebihkan sayur dan buah, kurangkan daging.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •