8 AIRCOND MUDAH ALIH TERBAIK : PORTABLE AIR CONDITIONER

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengenalan

Malaysia mengalami cuaca panas sepanjang tahun kecuali pada musim tengkujuh yang biasanya jatuh pada bulan Disember.

Cuaca panas berbahang sampaikan pasang kipas yang paling maksimum pun tak berkesan.

Haba pula terperangkap didalam rumah sampai ke malam kerana dinding membebaskan haba yang dikumpul pada waktu siang.

Rumah pula tiada lubang udara.

Tak boleh nak buka pintu atau tingkap atas faktor keselamatan bagi mengalirkan udara.

Selain itu, mungkin kita tahan panas, tetapi anak-anak kita terutama newborn menghadapi masalah kulit dan gatal-gatal jika terlalu panas.

Faktor diatas penyebab kita terpaksa memakai penghawa dingin walaupun terpaksa membayar lebih untuk bil elektrik.

Ada dua solusi, samada beli penghawa dingin mudah alih (portable aircond) atau beli penghawa dingin dinding (wall aircond).

Sebelum membuat keputusan, apa kata kita tengok dulu kelebihan dan kekurangan Portable Aircond

Kelebihan Portable Air Conditioner berbanding Air Cond Dinding

Boleh diletakkan dimana-dimana kawasan rumah.

Tidak perlu pendawaian elektrik, tidak perlu menebuk dinding. Sesuai bagi rumah sewa yang tidak dibenarkan untuk menebuk.

Senang jika pindah rumah, tak perlu panggil tukang untuk dismantle (tanggalkan aircond)

Boleh dibawa kemana- kemana : Contoh kalau balik kampung boleh bawa ke kampung naik kenderaan.

Kekurangan Portable Air Conditioner berbanding Air Cond Dinding

Salah satu drawback bagi portable air cond adalah ia perlu diletakkan dekat dengan pintu, tingkap ataupun saluran udara.

Ini kerana, haba dari aircond perlu dibebaskan melalui hose yang disediakan.

Pengguna juga perlu memasang window slider yang mungkin boleh menyebabkan ciri keselamatan tingkap menjadi kurang.

Bunyi yang lebih bising. Ini kerana kompressor dibina sekali berbanding aircond dinding dimana kompressornya diluar rumah.

Sesuai untuk menyejukkan ruang yang kecil. Portable aircond yang ada dipasaran paling tinggi pun 1.5hp.

Oleh kerana portable aircond duduknya dibawah bukan diatas, proses untuk menyejukkan ruang agak sukar dilaksanakan kerana perolakan udara yang tidak sesuai.

Aircond dinding sangat efisien dalam menyejukkan ruang kerana dipasang berdekatan ceiling.

Ini kerana udara sejuk yang lebih berat daripada udara panas akan turun kebawah dan menyejukkan keseluruhan bilik.

Manakala bagi portable aircond, udara disejukkan dibawah, tetapi sukar untuk udara sejuk naik keatas atas faktor berat.

Kekurangan lain adalah, portable aircond mengeluarkan air yang perlu dibuang jika portable aircond tersebut mempunyai tray air.

Bagi yang tidak mempunyai tray air, perlu ada bekas seperti baldi untuk menampung air yang dikeluarkan atau menyediakan saluran untuk air keluar ke longkang.

Leceh juga kalau hari-hari kena angkat baldi untuk buang air.

Perbezaan Air Cooler & Portable Air Conditioner

Air Cooler dan Portable Air Conditioner adalah dua benda yang berbeza walaupun bentuk yang seakan-akan sama.

Ramai pengguna yang tersilap membeli air cooler walhal inginkan portable air conditioner.

Bagaimana ingin membezakan 2 alat ini?

Yang paling ketara adalah dari segi harga.

Kebiasaannya air cooler adalah jauh lebih murah daripada portable aircond.

Harga portable aircond tidak lari dalam lingkungan RM800 sehingga RM1500

Air cooler juga mengunakan air untuk menyejukkan udara.

Pengguna perlu topup air jika air telah kurang

Oleh itu, kadar kelembapan dalam rumah mungkin akan tinggi.

Manakala portable aircond menggunakan gas untuk menyejukkan udara.

Pembuat Portable aircond akan menyertakan kadar horsepower (HP) dalam spefikasi mereka seperti 1HP atau 1.5HP manakala air cooler tiada.

Selain itu, air cooler hanya berupaya untuk menyejukkan ruang sehingga 3 darjah celcius paling maksimum.

Portable aircond pula boleh menurunkan suhu sehingga 10 darjah celcius.

Seperti aircond dinding, aircond portable menggunakan elektrik yang lebih berbanding air cooler.

Jika ingin melihat bagaimana rupanya air cooler boleh ke pautan ini 10 Air Cooler Portable Terbaik (Mudah Alih) TIDAK PERLU WIRING

Jom kita tengok senarai portable aircond dari pelbagai jenama dibawah :

MIDEA Portable Air Cond

  • MPH-09CRN1
  • PH Series
  • 1.0HP

MIDEA 1.0HP PH Series Portable Air Cond


Hisense Portable Air Conditioner

  • AP09KVG
  • 1.0 HP
  • R32
Hisense R32 1.0 HP Portable Air Conditioner


Morgan Portable Air Cond

  • MAC-093 Lite
  • 1.0HP
Morgan Portable Air Cond 1.0HP


Pensonic Portable Aircond

  • PPA-1010
  • 1.0hp
Pensonic Portable Aircond PPA-1010


ACSON Portable Air Conditioner

  • Moveo A5PA10C
  • 1.0HP
  • R410A
ACSON 1.0HP / 1.5HP Portable Air Conditioner Moveo A5PA10C


AUX Portable Air Conditioner

  • AM-12B4/LAR-EU
  • 1.5HP
AUX Portable Air Conditioner 1.5HP AM-12B4


Sharp Portable Air Conditioner

  • SHP-CVH10YD
  • 1.0HP
  • R32
Sharp 1.0HP R32 Portable Air Conditioner SHP-CVH10YD


ELBA PORTABLE AIR CONDITIONER

  • EPACD3910(WH)
  • 1HP
ELBA PORTABLE AIR CONDITIONER 1HP EPACD3910(WH)

Kesimpulan

Kesemua faktor yang diatas perlu diambil kira jika ingin memiliki sebuah portable aircond.

Jom komen dibawah jika ada soalan tentang portable aircond.

Kalau suka artikel ini jom baca tentang :

11 AIRCOND NON INVERTER TERBAIK DAN MURAH

12 Jenama Aircond Inverter Terbaik 2020 (Jimat Elektrik)

10 Air Cooler Portable Terbaik (Mudah Alih) TIDAK PERLU WIRING

Panduan, tips dan cara beli Aircond Rumah Terbaik

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •