9 PETI AIS MINI, MURAH, LARIS, TERBAIK DI MALAYSIA 2021

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengenalan

Peti Ais mini juga dikenali sebagai mini bar refrigerator.

Kalau cari dekat laman beli belah online boleh guna keyword tersebut.

Dekat hotel selalu kita nampak peti ais ini diletak didalam bilik. Cuma kadang-kadang tiada isi. Kosong.

Semakin mendapat tempat dikalangan kita semua kerana mempunyai banyak kelebihan.

Kelebihan Peti Ais mini bar

  1. Jimat ruang – Boleh letak di bilik, di pantry, di ruang tamu, di tepi sofa, di tingkat atas atau dimana-mana sahaja yang anda suka. Jika anda menyewa diruang yang sempit seperti menyewa bilik, peti ais ini wajar menjadi pilihan
  2. Mudah alih – Oleh kerana saiz yang kecil dan tidak berat, peti ais ini boleh dipindahkan dengan senang. Boring juga kalau letak tempat sama untuk bertahun-tahun kan. Boleh juga dimuatkan didalam kereta, tak perlu sewa lori.
  3. Murah – Bagi yang mempunyai bajet tipis, yang baru memulakan kerjaya dan yang suka masak tapi tiada tempat untuk letak barang basah, boleh beli peti ais mini bar kerana harganya yang lebih murah dari peti ais biasa. Harga dalam lingkungan RM500 kebawah.
  4. Senang untuk dibersihkan – Peti Ais Mini yang kecil lebih senang dibersihkan, jimat masa.
  5. Tambahan Ruang – Boleh jadi juga pengguna tu dah ada peti ais besar, tapi dia memerlukan satu lagi peti ais yang boleh dijadikan tempat mengisi kudapan dingin seperti cokelat atau air bergas.
  6. Senang diakses – Jika rumah anda 2 tingkat, sudah tentu agak keberatan (malas) untuk turun kebawah untuk mengambil jajan. Dengan adanya peti ais mini bar ini, letak sahaja disebelah katil dan sepantas kilat anda boleh dapatkan air sejuk sambil ber netflix.

Jom kita cuci mata dengan melihat 9 PETI AIS MINI, MURAH, LARIS, TERBAIK DI MALAYSIA 2021 dibawah :

1. Hisense Mini Bar (60L) RR60D4AGN

  • Jimat ruang
  • Kapasiti Penyimpanan 60L
  • Boleh letak dekat asrama, pejabat, pantry dan bilik.
  • Termostat Boleh Laras
  • 7 julat suhu untuk pilihan suhu yang dikehendaki
  • Chiller Berasingan : Boleh letak makanan yang sejuk beku.
  • Panel Chrome yang cantik
Hisense Mini Bar (60L) RR60D4AGN

2. Morgan 50L MMB-NB62LSL MINI BAR Refridgerator

  • Kapasiti 50L
  • Termostat Boleh Laras
  • Bebas dari gas CFC yang menipiskan lapisan ozon
  • Tempat ais berasingan
Morgan 50L MMB-NB62LSL

3. FABER 50L Mini Refrigerator FRIGOR 50 MINI BAR

  • Kapasiti 50 liter
  • Suhu 0 – 10 darjah celcius
  • Tempat sejuk beku yang berasingan
FABER 50L Mini Refrigerator

4. Sharp Mini Bar Refrigerator SJM60MK

Sharp Mini Bar Refrigerator SJM60MK
  • Kapasiti 60 liter
  • Ada pemegang dibahagian pintu bagi senang nak buka (Recessed Handle)
  • Tray berjaring (Wired Shelf)
  • Utility Box
  • Ada tempat letak botol (Bottle Pocket)
  • Kaki yang boleh dilaras (Adjustable Feet)

5. ELBA MINI BAR 60L EMBA6047SV

ELBA MINI BAR 60L EMBA6047SV
  • Kapasiti 60 liter
  • Ada lampu bulb
  • Tray berjaring (Wired Shelf)
  • Suhu freezer sehingga -18 celcius
  • Ada tempat letak botol (Bottle Pocket)

6. Panasonic NR-AE51SH MINI BAR FRIDGE (50L)

Panasonic NR-AE51SH MINI BAR FRIDGE (50L)
  • Kapasiti 50 liter
  • Suhu yang boleh dilaraskan
  • Menggunakan gas yang tidak menipiskan lapisan ozon (non cfc)
  • Tray yang hygiene

7. HAIER MINI BAR 60L SINGLE DOOR FRIDGE

HAIER MINI BAR 60L SINGLE DOOR FRIDGE
  • Kapasiti 60 Liter
  • Jimat elektrik
  • Lampu LED
  • Sistem penyejukan terus

8. MIDEA 50L MINI BAR REFRIGERATOR

IDEA 50L MINI BAR REFRIGERATOR
  • Kapasiti 50 liter
  • Suhu kawalan mekanikal
  • Reversible Door
  • Kaki boleh dilaras
  • Tempat Chiller berasingan

9. Pensonic 45L Mini Bar

Pensonic 45L Mini Bar
  • Kapasiti 45 liter
  • Kaki Depan Boleh Laras
  • Bar Mini Dengan Peti
  • Peti Sejuk Pintu Boleh Balik
  • Kawalan Suhu Mekanikal
  • Pencairan Semi Automatik
  • Kabinet Tahan Karat
  • Anti-Pemeluwapan
  • Penjimatan Ruang
  • Suhu Pembeku: -1 – 1 ° C Suhu: 0 – 10 ° C
  • Pintu VCM
  • Penggunaan Tenaga Rendah

Kesimpulan

Peti sejuk mini bar ini memang kecil.

Biasanya diukur dalam bentuk liter. Semakin kecil liter yang ditawarkan semakin kecil peti sejuk mini tersebut.

Bagi yang dah bekeluarga dan sering masak, peti ais ini tidak sesuai kerana ruang penyimpanan yang kecil

Sebelum membeli, semak juga spefikasi atau tanya kepada seller seperti adakah peti sejuk ini mempunyai tempat sejuk beku (untuk simpan frozen food).

Ada satu peti sejuk mini bar di sebelah katil, mantap juga kan.

Artikel ini menarik juga untuk dibaca Panduan & tips membeli Peti Sejuk / Ais terbaik

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •