Bagaimana hendak mencipta kegembiraan

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Apakah takrif kegembiraan bagi kamu semua? Pernahkah anda mendengar keluhan dari kawan-kawan kamu yang ingin mencari kegembiraan? Bolehkah kegembiraan ini dicari dan direka?
Kegembiraan sebenarnya tidak boleh dicari kerana ia tidak wujud dimana-mana seperti emas atau perak yang boleh dikorek didalam muka bumi.
Kegembiraan itu perlu dicipta oleh individu itu sendiri.
Kegembiraan itu adalah perasaan dan perasaan adalah subjektif bagi setiap individu.
Dalam kata lain, kegembiraan adalah dimana minda kamu berada dalam keadaan yang gembira berdasarkan suasana persekitaran dan kebolehan kamu untuk behadapan dengan waktu yang sukar.
Adakah duit dan cinta boleh membantu anda menjadi gembira? Secara umumnya, jawapan nya ya. Bagaimana? dengan adanya duit, ia boleh membantu mencepatkan dan menyediakan satu medium untuk gembira. Sebagai contoh, jika kita ada duit, kita boleh melancong ke tempat-tempat yang menarik secara tak langsung dapat mengembirakan kita. Dengan adanya duit, kita boleh merancang untuk melakukan bermacam-macam aktiviti yang boleh menaikkan emosi dan semangat kita.
Tetapi duit bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan duit. Itu anda harus faham.
Begitu juga dengan cinta, cinta itu boleh membantu anda menjadi gembira tetapi ia bukanlah solusi kepada kegembiraan yang total.
Cuma… macam mana kita nk cipta kegembiraan ini? Ada ke tips-tips yang telah dibuktikan dari segi kajian untuk mencapai kegembiraan ini? Jom kita cuba tips dibawah ini, mana tahu ia menjadi.

Memalsukan kegembiraan

Eh, kegembiraan boleh dibuat-buat ke? Jawapannya boleh ! dan ada diantara pembaca semua yang melakukannya tanpa disedari. Manusia adalah antara makhluk yang paling hebat berlakon. Kita banyak menyembunyikan perasaan sendiri demi untuk menjaga perasaan orang lain.

Macam mana nak buat-buat gembira masa kita sedih? Perkara yang paling mudah adalah dengan memaksa diri kita senyum. Semasa kita senyum, signal yang sama seperti kita sedang gembira akan dihantar kepada otak. Otak kita akan menterjemahkan didalam minda kita bahawa kita sedang dalam mood yang baik. Eh Eh, takkan senyum je boleh membuatkan kita ‘happy’. Ya, mengikut 138 kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi, senyum membantu diri kita untuk lebih positif.  Walaubagaimanapun, memalsukan senyuman kesannya adalah ringan dan boleh berubah-ubah mengikut kajian tersebut.
Selain itu, postur badan yang betul juga membantu anda lebih yakin dan gembira. Selalunya bila kita dalam kesedihan, kita akan berasa longlai dan melangkah lemah.
Jalan membongkok dan menunduk akan membantu emosi negatif untuk mengusai diri. Apa yang anda boleh buat adalah jalan dengan penuh yakin dan tegak dan duduk dengan postur yang betul. Postur yang baik dan betul dapat membantu anda untuk keluar daripada kesedihan.
Teringat dulu semasa mak penulis mengambil upah menjaga anak orang. Setiap kali ada budak yang menangis mak akan dukung mereka keluar rumah dan menunjuk ke arah atas. Mak berkata ‘Tengok burung tu tengah buat apa’. Tidak lama kemudian budak itu berhenti menangis dan mencari-cari dimana burung yang dikatakan oleh mak tadi. Setelah penulis meningkat dewasa, penulis ada terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa apabila seseorang itu menangis, mereka akan menundukkan muka kita. Dari segi psikologi, cara untuk menghentikan tangisan adalah dengan memandang kedepan atau mendongak keatas. Sekarang baru penulis faham kenapa mak selalu guna taktik burung ini untuk menghentikan tangisan anak yang dijaganya.

Bersenam

Kalau bab ini memang diakui penulis pun kadang-kadang banyak tak buat juga. Bila datang aura malas tu, bagilah tips apa pun akan kecundang. Bersenam ini memang klise. Hari-hari kita dengar dalam tv, suratkhabar, media sosial, ceramah motivasi, doktor, pakar pemakanan dan semua pakar-pakar tak kira di media sosial atau media tak sosial menyuruh kita untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Kenapa digembar gemburkan sangat senaman ini sebagai benda yang sangat baik terutamanya dalam kesihatan minda kita? . Rupa-rupanya, semasa kita bersenam, badan kita akan mengeluarkan sejenis hormon yang bernama endorfin yang akan menyebabkan kita berasa segar. Hormon ini juga membantu kita menghilangkan stress. Cadangan penulis, jika anda berasa sangat stress di tempat kerja, balik dari kerja, terus pergi ke gym atau taman untuk bersenam. Ibarat semua stress dan masalah anda akan di ‘flush’ keluar dengan melakukan senaman. Tapi kena ingat kena konsisten dan sekurang-kurangya 30 minit sehari. Apabila fizikal kita sihat, minda akan turut serta.

Bersyukur

Selalu kita terapkan perkataan syukur dalam kehidupan ini. Selalu kita akan menuturkan perkataan Alhamdulillah jika ada perkara yang baik-baik berlaku. Alhamdulillah sendiri bermaksud segala puji bagi Allah atau bahasa mudahnya terima kasih Allah. Pentingnya kita bersyukur telah lama diajar oleh agama Islam dan penulis percaya agama-agama lain juga ada menerapkan elemen kesyukuran ini.
Kita bersyukur kerana kita ada tempat berteduh, terima kasih kerana kita masih boleh makan 3 kali sehari, terima kasih kerana kita masih boleh melakukan amal ibadat, terima kasih kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk hidup di muka bumi ini setelah bangun dari tidur.
Perkataan terima kasih sangat hebat sehinggakan jika kita mengucapkan dengan ikhlas kepada orang yang memberi kita sesuatu akan menyebabkan pemberi lebih bermotivasi untuk mengulang dan secara tak langsung menaikkan semangat kita juga untuk melakukan perkara yang sama. Perasan tak, contoh yang paling mudah adalah kita belanja kawan kita makan. Kawan kita akan berulang-ulang cakap terima kasih dekat kita kerana belanja mereka makan. Apa yang anda rasa? Mood anda akan bertambah baik dan seterusnya membuatkan anda gembira.
Apakah ada cara lain untuk bersyukur? Jom kita amalkan cara dibawah :
  1. Catatkan apa yang anda syukuri setiap hari didalam diari atau journal. Kalau rasa susah untuk menulis didalam buku, anda boleh menulis di dalam telefon pintar anda. Muat turun pelbagai aplikasi diari di dalam talian dan anda boleh menulis di mana mana sahaja. Penulis guna aplikasi Evernote kerana ia boleh diakses dimana-mana platform seperti telefon pintar dan laptop.
  2. Secara verbal, beritahu kawan rapat anda apakah yang anda syukur.
  3. Ni yang penulis paling suka, tulis nota terima kasih mengunakan kertas kecil atau ‘sticky note’ dan tampal di tempat yang boleh dilihat oleh penerima. Mesti penerima anda akan berbunga-bunga dan terharu.

Setakat ini dulu perkongsian penulis tentang bagaimana untuk mencipta kegembiraan. Cuba dulu satu tips secara perlahan-lahan. Memulakan perubahan itu sangat susah, tetapi setelah anda mencuba, perubahan itu akan datang secara semulajadi. Kita boleh mengawal emosi kita melalui gerak badan kita dan seterusnya mendatangkan kegembiraan di dalam kehidupan.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •