Panduan : Beza Cordless Impact Driver & Cordless Driver Drill

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penggunaan drill pada masa kini bukan lagi dianggap hanya untuk kontraktor, tukang kayu dan tukang rumah. Isi rumah sekarang semakin bijak ditambah pula dengan lambakan kedai DIY dan hardware membolehkan pengguna melakukan kerja-kerja bertukang sendiri. Paling best, anda semua belajar di Youtube dan mempraktikan kerja-kerja tukangan dengan sendiri. Alah, setakat pasang rak di dinding tu, anda semua pejam mata sahaja. Tahniah kepada anda semua. Kita belajar, praktik dan cuba perfectkannya.

So, untuk panduan kali ini admin ingin berkongsi tentang power tool yang kita panggil Drill ini. Untuk lebih specific kita akan cover tentang Cordless Impact Driver dan Cordless Drill. Panduan ini bukan lelaki sahaja, tetapi kaum Hawa pun boleh baca dan ambil sedikit ilmu kerana zaman sekarang ini dah banyak wanita yang pandai bertukang dan DIY sendiri. Pembukaan gedung-gedung perabut seperti IKEA membolehkan kaum wanita memenuhi kehendak mereka dan memasang sendiri perabot idaman mereka menggunakan drill. This is Woman Power !

Nampak macam sama tapi sebenarnya berbeza. Pengguna adakalanya konpius dengan dua jenis drill ini. Mana satu nak beli dan apa fungsi-fungsinya.Okay jom kita tengok perbezaanya.

Drill Driver

Paling femes dan biasa digunakan untuk kerja-kerja mengetatkan skru, nuts dan bolt yang kecil. Drill driver juga boleh digunakan untuk membuat lubang. Mempunyai clutch yang boleh dilaras bagi memastikan skru yang diketatkan tidak rosak dan mengenakan daya yang berpatutan keatas skru. Mata drills boleh guna yang biasa atau yang berbentuk hex.

Impact Driver

Torque yang lebih tinggi dari Drill Driver. Tidak mempunyai cluth dan hanya menerima mata berbentuk hex sahaja. Impact driver digunakan untuk mengetatkan skru diatas kayu yang tebal. Tidak memerlukan daya yang kuat untuk mengetatkan skru.

Okay macam ni, kalau pengguna buat kerja-kerja ringan seperti mengetatkan skru, nut atau bolt seperti memasang perabot ikea, guna Drill Driver. Nak tebuk lubang yang kecil pun boleh.

Kalau pengguna seorang yang memang tukang kayu dan sering mencipta perabot sendiri gunalah Impact driver kerana ia dapat mengurangkan tenaga kita ketika drilling atau ketatkan skru pada kayu. Kerana apa? sebab dia ada daya tujahan yang tinggi (torque).

Anda tidak perlu untuk terlalu menekan skru menggunakan daya daripada bahu anda sehingga skru terbenam. Berbanding drill driver, jika skru tersebut besar dan kayu pun tebal, anda kena tekan sehabis mungkin untuk membolehkan skru tersebut terbenam.

Penggunaan Drill Driver lebih femes dikalangan pengguna kerana ia adalah tools yang serbaguna. Penggunaan Impact driver pula jika anda sering melakukan kerja-kerja yang lebih kasar dan memerlukan tenaga. Next artikel, admin akan ceritakan beza motor drill yang tiada brush (brushless) dan motor drill yang ada brush.

Jom kita cuci mata drill-drill yang mengancam ni :

1. Bosch GSB 120-LI Professional Cordless Impact Drill

Bosch GSB 120-LI Professional Cordless Impact Drill
Bosch GSB 120-LI Professional Cordless Impact Drill

— > LIHAT DI LAZADA <–

— > LIHAT DI SHOPEE<–

2. Bosch GSR 180-LI 18V Professional Cordless Drill

Bosch GSR 180-LI 18V Professional Cordless Drill
Bosch GSR 180-LI 18V Professional Cordless Drill

— > LIHAT DI LAZADA <–

— > LIHAT DI SHOPEE<–

3. Yang ini impact drill. Penguna boleh tengok dia tiada clutch dan tempat masuk mata bit berbentuk hexagon.

BOSCH GDX18V-200C CORDLESS IMPACT WRENCH/DRIVER

BOSCH GDX18V-200C CORDLESS IMPACT WRENCH/DRIVER
BOSCH GDX18V-200C CORDLESS IMPACT WRENCH/DRIVER

— > LIHAT DI LAZADA <–

— > LIHAT DI SHOPEE<–

Baca artikel sebelum ini disini Panduan, tips dan cara membeli Laptop terbaik mengikut spefikasi dan kehendak.

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •