Brazil : Negara ke lima terbesar dunia

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1. Populasi

Brazil adalah negara ke-lima terbesar di dunia dengan populasi penduduk seramai 210 juta orang. Brazil memenuhi 47 peratus daripada tanah Benua Amerika Selatan. Brazil besempadan dengan semua negara Amerika Selatan kecuali Chile dan Ecuador.

2. Ordem e Progresso

Jika anda biasa melihat bendera negara Brazil, samada di kaca TV semasa perlawanan bola sepak anda akan terlihat di bendera itu tertulis “Ordem e Progresso” yang bermaksud ‘Order dan Progress’.

3. Ibu Negara

Apakah ibu negara bagi Brazil? Ramai yang akan mengatakan Rio De Janeiro adalah ibu negara Brazil, tetapi sebenarnya ibu negara bagi Brazil adalah Brasilia.

4. Kopi

Brazil pernah menjadi pengeksport terbesar kopi selama lebih 150 tahun. Brazil pernah mengeksport sehingga 80 peratus pengeluaran dunia pada tahun 1920.

5. Taman Negara Iguacu

Terdapat lebih 21 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Brazil. Salah satu yang palingm menarik adalah Taman Negara Iguacu, tempat dimana terletaknya air terjun yang sangat cantik dan mengagumkan. Dengan lebar sebesar 1.7 batu, terdapat lebih kurang 275 jatuhan air terjun dan membentuk satu jajaran air terjun yang sangat menarik.

6. Pokok Ceri

Lebih kurang 1.5 juta sehingga 3.5 juta warga Brazil mempunyai darah Jepun. Semasa mereka imigrasi, mereka membawa sekali benih pokok ceri dan bunga ceri ke Brazil dan menanam ia di luar rumah mereka di Sao Paulo dan di taman di Curitiba.

Jika anda berminat dengan negara Brazil, apakata anda melawat laman web ini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •