Drishyam : Seorang bapa yang drop out sekolah yang menyelamatkan keluarganya

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jika anda seorang ketua dan tulang belakang keluarga anda, anda wajib menonton filem ini. Sebuah filem yang sarat dengan emosi kekeluargaan yang akan menjentik hati dan perasaan penonton.

Sedikit situasi yang ingin admin beri sebelum kita layan sinopsis filem ini. Apakah tindakan yang anda akan ambil jika anak anda telah melakukan satu pembunuhan kerana mempertahankan maruah diri? Adakah anda akan menyerahkan anak anda kepada pihak berkuasa atau anda akan mempertahankan anak anda. Dari segi undang-undang, membunuh seseorang boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. Tapi admin tidak pasti apakah membunuh kerana niat untuk mempertahankan diri boleh didakwa di makhamah atau tidak dikenakan sebarang hukuman atau diberi hukuman ringan. Undang-undang ini agak tricky dan banyak terma-terma yang kurang difahami oleh rakyat kebiasaan.

Filem ini adalah filem Hindustan tahun 2015 yang dibuat semula berdasarkan satu filem tamil yang ditayangkan pada 2013. Filem ini dibarisi oleh pelakon terkenal Ajay Devgan , Tabu dan Shriya Saran dan telah meletup di pawagam India dan pawagam seluruh dunia dengan mengutip sebanyak RM 30 juta.

Laman web IMDB sebuah laman web tentang filem telah memberikan rating sebanyak 8.3/10 untuk filem ini. Untuk mencapai rating atas 8 di IMDB adalah amat sukar. Filem yang betul-betul layak sahaja diberi rating atas 8. Untuk perbandingan filem Avengers End Game yang meletup baru-baru ini mencatatkan skor sebanyak 8.5. Tak jauh beza kan?

Spoiler ahead ! Teruskan membaca jika ingin mengetahui sinopsis filem ini…

Filem ini dimulakan dengan Sanjay Salgaonkar lakonan Ajay Devgan yang suka menonton filem di kedai TV Satelit kepunyaan beliau.

Beliau sangat kusyuk menonton pelbagai jenis genre filem sehinggakan adakalanya tidak balik ke rumah sehingga beberapa hari. Hasil menonton pelbagai jenis filem, beliau menggunakan kemahiran tersebut untuk membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka.

Beliau mempunyai 2 orang anak perempuan yang berusia 16 tahun dan 10 tahun yang bernama Anju dan Anu. Isteri beliau yang bernama Nandini pula adalah suri rumah sepenuh masa.

Plot cerita ini bermula apabila Anju yang menghadiri satu kem kesedaran alam sekitar telah dirakam menggunakan telefon ketika sedang mandi oleh seorang anak Inspektor Jeneral daerah Goa yang bernama Sameer.

Tamat kem tersebut, Sameer telah datang ke kampung Anju untuk mengugut Anju supaya melakukan hubungan seks dengannya dengan balasan video tersebut tidak akan disebarkan kepada umum. Anju yang ketakutan telah memberitahu maknya Nandini.

Semasa maknya merayu supaya Sameer memadamkan video tersebut dan tidak mengapa-apakan anaknya, Anju telah mengambil sebatang besi dan memukul belakang kepala Sameer. Sameer rebah lalu terus mati.

Keesokkan harinya, Sanjay balik kerumah dan mendapati anak-anak dan isterinya sedang menangis ketakutan. Mereka lalu menceritakan kejadian yang berlaku pada malam hari tersebut.

Disinilah bermulanya cerita ini semakin menarik dan berdebar-debar. Penonton disajikan dengan bagaimana Sanjay menggunakan ilmu yang dipelajarinya hasil dari menonton filem bagi menghapuskan bukti-bukti pembunuhan Sameer.

Matlamat Sanjay hanya satu, melindungi anak-anaknya daripada disabitkan kesalahan dan masuk kedalam penjara. Perlu diingat, Sameer yanng mati tersebut adalah anak kepada Inspektor Jeneral Polis. Sudah tentu mereka sedaya upaya mencari bukti untuk menyumbat keluarga Sanjay masuk ke dalam penjara dengan menggunakan pelbagai cara sama ada kekerasan dan paksaan.

Sanjay telah mereka satu alibi yang sangat genius dimana dia telah mencipta alibi palsu yang mengatakan keluarga beliau tidak berada di rumah semasa kejadian pembunuhan. Lebih menarik, alibi tersebut dicipta dengan melibatkan ramai orang seperti konduktor bas, pemilik hotel, juruteknik wayang dan rakan-rakannya.
Semua saksi yang dipanggil polis memberi satu kenyataan yang sama bahawa keluarga Sanjay tidak berada di kampung walhal sebenarnya keluarga Sanjay berada di tempat itu semasa kejadian tersebut. Bagaimana Sanjay melakukannya? Tidak lain tidak bukan, filem-filem yang kerap ditontonnya memberikan beliau bermacam-macamĀ  idea untuk menyelamatkan keluarganya.

Keterangan saksi yang konsisten termasuklah dari anak-anak dan isteri Sanjay telah menyebabkan pihak polis buntu untuk menyabitkan kesalahan membunuh sehinggakan mereka terpaksa melakukan kekerasan kepada keluarga Sanjay.

Apa yang admin kagum adalah Sanjay yang drop out sekolah telah berjaya menipu pihak polis dengan mencipta bukti-bukti yang berpihak kepadanya dengan hanya menonton filem.

Banyak lagi aksi-aksi yang menarik di dalam filem ini. Admin serahkan kepada penonton untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut dengan menonton sendiri filem ini. Tidak rugi masa anda selama lebih 2 jam jika menonton karya ini.

Secara kesimpulannya, filem ini membawa mesej kekeluargaan yang sangat jitu dimana seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi keluarganya. Memanglah membunuh itu salah, tetapi dalam keadaan dan situasi yang terpaksa kadang-kadang mereka terpaksa melakukan demi melindungi maruah keluarga.

Apa lagi, grab your pop-corn dan tonton filem ini bersama-sama keluarga anda. Admin bagi 5 bintang.

 

Tonton trailer Drisyham disini!

Baca artikel yang lain disini Starbucks terbesar di dunia : The Starbucks Reserve Roastery Tokyo


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •