Fiji : Negara kepulauan yang cantik

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1. Negara Ocenia

Fiji adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Melanesia, sebahagian dari Ocenia di Lautan Pasifik Selatan lebih kurang 1100 batu nautika (2000km) dari timur laut New Zealand. Jiran Fiji yang paling dekat adalah Vanuatu di barat, New Caledonia di barat daya, Pulau Kermadec New Zealand di tenggara, Tonga di timur, Samoa dan France’s Wallis dan Futuna di timur laut. Fiji mempunyai lebih dari 330 pulau dengan hanya 110 pulau sahaja yang berpenghuni. Ibu negara bagi Fiji adalah Suva dan bahasa rasmi mereka adalah Inggeris, Fijian dan Fiji Hindi. Pada tahun 2018, terdapat lebih kurang 912,241 orang penduduk di Fiji.

2. Nadi?

Lapangan Terbang Antarabangsa Nadi adalah lapangan terbang utama bagi Fiji. Terletak di Viti Levu, lapangan terbang ini menjadi hub utama bagi syarikat penerbangan Fiji Airways dan Fiji Link. Walaupun lapangan terbang ini adalah lapangan terbang utama bagi Fiji, ia terletak 192 kilometer jauh dari ibu negara Fiji iaitu Suva.

3. Rugbi sukan popular

Rugbi adalah sukan yang paling popular di Fiji. Pasukan rugbi 7 sebelah telah memenangi pertandingan Hongkong Sevens sebanyak 18 kali sejak penyertaan mereka pada tahun 1976. Pasukan ini juga telah memenangi Piala Dunia Rugby tujuh sebelah sebanyak 2 kali. Pada tahun 2016, mereka telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik dengan mengalahkan Britain 43-7 di dalam perlawanan akhir.

4. Bula ke boleh?

Jika anda melancong ke Fiji, anda akan mendengar perkataan Bula secara kerap. Bula didalam bahasa Fiji bermaksud Hello.

5. Lovo sejenis makanan hari istimewa

Lovo adalah antara makanan kegemaran rakyat Fiji. Ia biasanya di masak pada majlis keramaian, pengkebumian, perkahwinan, hari lahir atau pada hari Krismas. Masakan ini diperbuat daripada ayam, ikan dan daging yang telah diperap dengan sos dan bawang putih. Bahan – bahan tersebut di balut dengan daun pisang dan ditanam di dalam lubang yang telah diletak arang dan batu volkano yang akan membantu proses memasak.

Jika anda suka akan Fiji, apakata anda lawat laman web ini.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *