Green Book (filem) : Kisah seorang pianis berkulit hitam

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Green Book

Filem Green Book ini adalah satu filem yang mencatatkan rating yang tinggi dalam laman web imdb dengan mengutip sebanyak 8.3/10 skor. Manakala laman web Rotten Tomatoes telah memberikan rating sebanyak 78%. Dengan bajet 23 juta USD, filem ini berjaya meletup dan memberi pulangan sehingga 317.6 juta USD

Jom kita lihat kenapa filem ini mencatakan antara rating tertinggi dan menjadi box office di seluruh dunia.

Filem ini berdasarkan kisah sebenar yang berlaku pada sekitar tahun 1962 dimana seorang warga Amerika – Italy yang bekerja sebagai bouncer di kelab malam ditawarkan untuk menjadi pemandu bagi seorang pianis yang berbangsa Afrika-Amerika bagi menjayakan konsert jelajah piano beliau.

Perlu diingat, pada sekitar tahun 1960an, sentimen perkauman, diskriminasi dan hamba abdi masih kuat di Amerika Syarikat terutamanya di bahagian selatan negara tersebut.

Filem yang dibintangi oleh Viggo Mortensen sebagai Tony Lip Vallelonga (pemandu) dan Mahershala Ali sebagai Don Shirley (pianis) ini telah memenangi Gambar Terbaik , Skrip Asal Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di Majlis Academy Award yang ke 91. Filem ini juga telah dipilih sebagai 10 filem terbaik untuk tahun 2018 oleh Institut Filem Amerika. Banyak anugerah kan?

Ceritanya bermula apabila Tony Lip Vallelonga yang diupah untuk memandu sebuah kereta bersama dengan Don Shirley untuk menjayakan konsert 8 minggu jelajah piano. Don Shirley adalah seorang yang bersifat eksentrik manakala Tony pula suka tidak mengikut peraturan dan mempunyai sikap yang baran.

Don digambarkan sebagai seorang orang kulit hitam yang mementingkan kekemasan, etika dan undang-undang. Beliau juga suka mengumpul bermacam-macam artifak dan berpakaian seperti seorang bangsawan.

Pada permulaan cerita, Tony digambarkan pula sebagai seorang yang anti kulit hitam. Dia sanggup membuang cawan yang telah digunakan oleh orang kulit hitam yang datang membaiki paip rumahnya ke dalam tong sampah.

Disebabkan tawaran gaji yang lumayan dari Don Shirley dan Don Shirley telah meminta izin dari isteri Tony, maka Tony menerima tawaran tersebut walaupun pada mulanya dia agak skeptikal dengan Don.

Sebelum memulakan perjalanan, Tony telah diberi oleh pembantu Don sebuah buku yang bertajuk Green Book. Apa kandungan buku tersebut? Buku tersebut adalah sebuah buku panduan bagi seorang kulit hitam untuk mencari motel, restoran dan stesen minyak yang boleh melayan orang kulit hitam.

Perjalanan jelajah konsert piano tersebut bermula dari tengah negara Amerika dan berakhir di Selatan Amerika (Deep South). Kenapa selatan Amerika? Ini disebabkan di selatan Amerika, mereka masih menggunakan orang kulit hitam sebagai pekerja ladang dan mendikriminasikan orang kulit hitam. Secara tersiratnya, Don Shirley cuba untuk menghapuskan diskriminasi kaum melalui muzik.

‘You never win with violence, you only win when you maintain your dignity. Dignity always prevails.
Kamu tidak akan menang dengan kekerasan, kamu hanya akan menang apabila kamu mengekalkan maruah kamu, Maruah setiasa akan menang’ – Don Shirley

Bermacam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang jelajah antaranya bagaimana Don membantu Tony dalam menulis surat kepada isterinya setiap hari dengan ayat yang lebih baik dan tersusun. Bagaimana Don didiskrimnasikan di setiap negeri selatan yang dikunjungi seperti tidak boleh menggunakan tandas yang sama dengan orang kulit putih dan bagaiman perjalanan tersebut telah mengubah persepsi Tony terhadap orang kulit hitam dan Don khususnya.

Filem ini mengajar kita bahawa, diskriminasi kaum itu wujud dan bagaimana kita hendak memenangi sesuatu dengan cara bersabar. Kekerasan tidak boleh dibalas dengan kekerasan. Secara keseluruhannya, filem ini sangat berbaloi untuk ditonton sesuai dengan bermacam-macam anugerah yang diterima dan yang mengiktiraf filem ini. Filem ini juga mengabungkan elemen komedi yang akan membuatkan penonton tidak kering gusi melihat gelagat pelakon-pelakon yang hebat. Bagaimana nak nonton? Penulis rasa, pembaca lagi expert dari penulis.hehe.Jom kita layan trailer dibawah. Saya bagi 5 bintang.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *