Gunung Berapi Taal (Filipina)

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Gunung Berapi Taal di Pulau Luzon
Gunung Berapi Taal di Pulau Luzon : Sumber Google Maps

Gunung Berapi Taal atau lebih dikenali sebagai ‘Bulkang Taal’ oleh penduduk Filipina adalah sebuah Gunung Berapi yang terletak di wilayah Batangas, Pulau Luzon, negara Filipina.

Gunung Berapi ini adalah gunung berapi kedua paling aktif di Filipina dengan merekodkan sebanyak 33 kali letusan sejak tahun 1572.

Gunung Berapi Taal : Secara Dekat
Gunung Berapi Taal : Secara Dekat. Sumber Google Maps

Berikut adalah fakta menarik tentang gunung Berapi Taal :

1. Gunung Berapi ini hanya terletak lebih kurang 50kilometer sahaja dari Ibu negara Filipina iaitu Manila.

2.  Sebanyak 6000 ribu penduduk telah kehilangan nyawa akibat daripada letusan Gunung Berapi tersebut.

3. Tasik Kawah yang terbentuk di pulau tersebut adalah tasik kawah yang terbesar di dunia yang terletak di sesebuah pulau.

4.  Gunung Berapi Taal sekali lagi meletus pada 12 Januari 2020 selepas 43 tahun tidak aktif. Abu dari letusan tersebut boleh ditemui sehingga bandar Calabarzon, Metro Manila dan Luzon Tengah.

5. Dikatakan, Kompleks Gunung Berapi Taal ini adalah antara pemandangan yang tercantik di Filipina.

Ingin melawat Filipina? Jom kita lihat tempat menarik di sini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •