Jepun : Negara matahari terbit

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1. Nihon ke Nippon

Dalam bahasa Jepun, negara Jepun dipanggil Nihon atau Nippon yang bermaksud ‘Tanah Matahari Terbit’. Mereka percaya bahawa Jepun adalah negara pertama yang melihat matahari naik di timur.

2. Umur yang panjang

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, penduduk Jepun mempunyai kadar jangka hayat yang paling panjang di dunia. Purata umur bagi lelaki Jepun adalah 81.1 tahun manakala bagi perempuan adalah 87.1 tahun. 21 peratus dari penduduk Jepun adalah dalam kategori warga emas (umur lebih 65 tahun). Terdapat lebih banyak warga emas daripada bayi yang lahir di Jepun.

3. Tokyo-Yokohama

Bandar metropolitan Tokyo-Yokohama adalah bandar metropolitan terbesar di dunia dengan lebih 33 juta penduduk. Terdapat lebih 3000 restoran makanan segera McDonald di Jepun menjadikan negara Jepun negara kedua terbanyak restoran McDonald selepas Amerika Syarikat.

4. Suka makan ikan

Orang Jepun makan ikan lebih banyak dari penduduk di negara lain. Mereka mengimport lebih kurang 17 juta tan ikan setiap tahun. Jepun juga adalah mengimport makanan laut terbesar di dunia.

5. Mesin layan diri

Terdapat lebih 5.5 juta mesin layan diri (vending machine) di Jepun. Terdapat bermacam macam jenis mesin layan diri seperti untuk rokok, wine, kopi, payung, telur, tisu, beras bahkan umpan ikan.

6. Bunga Sakura

Bunga Ceri (Sakura) adalah bunga kebangsaan negara Jepun.

Jika anda suka tentang Jepun, jom kita melawat laman web ini.

Baca artikel lain disini 5 Produk Apple Popular

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *