Kehidupan : Seperti air sungai yang mengalir

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kehidupan : Seperti air sungai yang mengalir
Kehidupan : Seperti air sungai yang mengalir

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Nikmat sihat adalah satu anugerah yang paling bernilai dalam hidup kita kerana dari sihatlah kita boleh melakukan kerja untuk mencari rezeki dan menyara keluarga.

Kata-kata kehidupan pada hari ini adalah

“Kehidupan ini ibarat sungai yang mengalir.
Kamu tidak boleh menyentuh air yang sama dua kali,
Kerana yang telah mengalir tidak akan berpatah balik.
Nikmati setiap saat dalam hidupmu”

Masa yang telah berlalu tidak akan berpatah balik. Yang ada hanyalah memori samada baik atau buruk. Masa ini sangat penting sehinggakan ada satu Surah yang khusus didedikasi untuk masa iaitu Surah al- Asr  :

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).

Dalam kita sibuk mengejar norma-norma kehidupan dunia, kadangkala kita lupa dengan orang dekat dengan kita. Kekangan masa dan kehidupan yang menghambat membuatkan kita tiada masa untuk diluangkan bersama ayah, ibu, pasangan, anak-anak, saudara mara dan sahabat handai. Ayah dan ibu yang semakin lanjut usianya, anak-anak yang membesar dengan cepat dan sahabat handai yang datang dan pergi semuanya tidak boleh berpatah balik. Nikmati dan hargailah setiap saat yang ada bersama orang tersayang. Kajian menunjukkan, otak akan mengingati memori yang indah lebih lama dari memori yang tidak baik. Sebagai contoh, kita terasa masa yang sangat panjang apabila kita cuba mengingati saat kita berkelah di tepi pantai bersama keluarga masa kecik-kecik dahulu. Flashback kenangan tersebut seperti terasa lama berada didalam otak. Begitulah hebatnya kenangan yang indah.

Oleh itu hargailah masa dengan yang tersayang kerana masa tersebut seperti sungai yang mengalir tidak akan berpatah balik ke hulu. Setiap saat adalah berharga kerana Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.

Baca artikel sebelum ini disini Kehidupan : Hati nampak apa yang tidak kelihatan oleh mata

Jom kita hayati lagu dari Kumpulan Raihan iaitu Demi Masa :

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
(Sebelum lima perkara) Sihat sebelum sakit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
(Sebelum lima perkara) Lapang sebelum sempit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •