Kemboja : Angkor Wat tarikan utama

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1. Kampuchea

Dikenali sebagai Kampuchea, Cambodge (Perancis), atau Kerajaan Kemboja adalah negara yang terletak di bahagian selatan semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Kemboja bersempedan dengan Thailand di barat laut, Laos di timur laut, Vietnam di timur dan Teluk Thailand di barat daya. Mempunyai bilangan penduduk sehingga 16 juta orang dan agama rasmi adalah Theravada Buddha yang dipraktik hampir 95 peratus penduduk. Ibu negara bagi kemboja adalah Phnom Penh. Kemboja telah merdeka sejak tahun 1953.

2. Bendera

Selain bendera Afghanistan, Kemboja adalah satu satunya negara yang mempunyai bangunan sebenar diatas benderanya. Bangunan itu adalah Angkor Wat sebuah kuil yang amat terkenal di dunia.

3. Angkor Wat

Angkor wat dibina pada abad ke 12 oleh Raja Suryavarman Ke 2 dan memakan masa sehingga 30 tahun untuk dibina. Angkor wat merupakan bangunan keagamaan terbesar di dunia dan juga merupakan hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Angkor wat dibina kerana rajanya percaya bahawa Angkor Wat adalah pusat dunia dan tempat tinggal dewa dewi Hindu. Pada abad ke 13, kuil tersebut telah dijadikan kuil Buddha menggantikan kepercayaan hindu.

4. Khmer Rouge

Khmer rouge adalah satu nama popular yang diberi kepada sebuah Parti Komunis Kampuchea. Ketuanya adalah Pol Pot. Semasa 4 tahun kekuasaan Khmer Rouge, 2 juta orang telah dibunuh. Pembunuhan beramai ramai yang berlaku antara tahun 1975 hingga 1979 itu telah menyebabkan 63 peratus penduduk Kemboja di bawah umur 30.

5. Tasik Tonle Sap

Tasik ini adalah tasik air tawar yang paling besar di Asia Tenggara.Tasik ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Rizab Biosfera kerana kepelbagaian biodervisiti yang wujud di tasik tersebut.

Jika anda berminat tentang Kemboja, anda boleh melayari laman web ini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •