KOREA SELATAN: 5 FAKTA MENARIK

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Republik Korea Selatan

Korea Selatan atau Republik Korea Selatan atau ‘Daehan Minguk’ adalah negara di Asia Timur yang terletak di Semenanjung Korea (Korea Selatan & Korea Utara). Ibu negaranya adalah Seoul dan mempunyai bilangan penduduk sehingga 50 juta orang (Seoul 10 juta penduduk). Hampir separuh dari penduduk Korea Selatan tidak mengamalkan apa-apa agama.

Samsung

Anda pasti pernah mendengar tentang jenama Samsung. Contoh paling terdekat adalah telefon pintar jenama Samsung yang hampir semua orang pernah memakainya. Samsung adalah sebuah syarikat Konglomerat Multinasional yang beribu pejabat di Seoul. Bukan sahaja mengeluarkan telefon pintar, Samsung juga mempunyai bisnes dalam pemprosesan makanan, semikonduktor, tekstil, insuran, sekuriti, bangunan dan pembuatan kapal. Di Korea, Samsung adalah satu syarikat yang paling besar dan dipanggil Chaebol iaitu Bisnes Konglomerat.

Hallyu

Hallyu adalah satu terma dimana penyebaran budaya Korea Selatan ke seluruh dunia terutamanya melalui drama Korea dan K-POP. Hallyu sangat disokong penuh oleh Kerajaan Korea Selatan dimana mereka diberi subsidi dalam memulakan sesuatu bisnes berkaitan dengan industri kreatif. Korea Selatan ingin menjadi salah satu ‘Trendsetter’ dunia dimana sebelum ini didominasi oleh Amerika Syarikat, Jepun dan British.

Pulau Jeju

Jika anda ke Korea Selatan, pastikan anda melawat Pulau Jeju kerana kecantikannya dan telah dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Apa yang menjadikan Pulau Jeju ini cantik adalah kerana ia terbentuk dari bekas gunung berapi dibawah laut kira-kira 2 juta tahun yang lalu.

Servis Ketenteraan

Korea Selatan mewajibkan rakyat lelakinya menyertai latihan ketenteraan selama 21 bulan. Oleh itu, Korea Selatan mempunyai tentera simpanan yang paling ramai di dunia degan lebih 7.5 juta tentera. Sebab itu kadang kala, kita mendengar penyanyi atau pelakon drama Korea berhenti sementara dari dunia nyanyian atau lakonan kerana menyertai kerahan tentera ini.

Anda boleh melayari laman web Visit Korea ini jika ingin tahu tempat – tempat menarik di Korea Selatan.

Jom baca tentang NEGARA JORDAN : 5 FAKTA MENARIK

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •