Latvia : Latvijas Republika (Latvian)

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1.Negara Baltik

Latvia adalah negara yang berada pada kawasan Baltik di utara benua Eropah. Negara Baltik adalah negara dimana kumpulan-kumpulan negara yang berada di lautan Baltik. Latvia bersempadan dengan Estonia di utara, Lithuania di selatan, Russia di timur, dan Belarus di tenggara. Latvia mempunyai populasi sebanyak 1.9 juta orang pada tahun 2018. Ibu negara dan bandar terbesar adalah Riga. Lebih satu pertiga penduduk Latvia tinggal di Riga.

Riga, ibu negara Latvia

2. Wanita tinggi

Satu kajian daripada Imperial College London menunjukkan wanita Latvia adalah wanita yang tertinggi di dunia. Secara purata, ketinggian wanita Latvia adalah dalam lingkungan 170 centimeter.

3. Pantai yang cantik

Dengan lebih 500 kilometer pesisir pantai, Latvia mempunyai banyak pantai yang cantik. Salah satu pantai yang paling terkenal adalah pantai Jurmala yang terletak berdekatan dengan bandar Riga.

4. Air terjun paling lebar

Venta rapid atau Ventas Rumba yang terletak di wilayah Kuldiga adalah air terjun yang paling lebar di benua Eropah dengan selebar 249 meter dan boleh menjangkau sehingga 270 meter semasa musim banjir.

5. Pencipta rivet pada jeans

Jacob Davis adalah orang Latvia yang mencipta rivet pada seluar jeans bagi mengukuhkan jahitan. Beliau telah bekerjasama dengan Levi Strauss untuk memperkenalkan rivet pada seluar jeans yang kita guna sekarang.

Rivet pada jeans

Jika anda suka akan Latvia, apa kata anda lawat laman web ini

Like Facebook kami untuk mendapatkan info-info terkini.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *