Luxembourg : 5 Fakta Menarik | Negara Kecil Eropah

Kongsi Artikel ini :

Luxembourg

Luxembourg atau nama rasminya Grand Duchy of Luxembourg adalah satu negara di Eropah barat yang tidak mempunyai akses kepada laut (landlocked country).

Luxembourg bersempadan dengan Belgium di barat dan utara, Jerman di timur dan Perancis di selatan.

Mempunyai bilangan penduduk sebanyak 576,249 orang sahaja.

Ibu negara bagi Luxembourg adalah Luxembourg City.

Luxembourg City adalah antara salah satu ibu negara rasmi bagi Kesatuan Eropah (European Union) sekali dengan Brussels, Franfurt dan Strasbourg.

Di Luxembourg City terletaknya Makhamah Keadilan bagi Kesatuan Eropah dimana makhamah ini adalah makhamah yang paling tinggi dalam Kesatuan Eropah.

Negara Luxembourg mempunyai 3 Bahasa Rasmi iaitu Perancis, Jerman dan Bahasa Kebangsaan Rasmi iaitu Luxembourgish.

Dengan keluasan negara yang hanya sekitar 2,586 kilometer persegi, Luxembourg adalah antara negara yang terkecil di Benua Eropah.

Pada tahun 2019, Luxembourg mempunyai penduduk sekitar 626,108 orang menjadikan Luxembourg antara negara yang paling kurang penduduk di Benua Eropah.

Luxembourg adalah sebuah negara yang maju dan mempunyai ekonomi yang berkembang.

Menjadi antara salah satu gdp perkapita tertinggi di dunia.

Pada tahun 1994, Banday City of Luxembourg telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia kerana memelihara bangunan-bangunan lama yang menarik.

Setakat tahun 2020, passport negara Luxembourg adalah passport kelima terkuat di dunia yang membolehkan penduduk negara Luxembourg melancong ke 187 negara dengan hanya menggunakan ketibaan visa (visa on arrival).

Keluarga Duchy

Luxembourg adalah satu-satunya negara di dunia ini yang diperintah oleh keluarga grand Duchy iaitu Grand Duke Henri.

Tapak Warisan Dunia Unesco

Di Luxembourg banyak tinggalan kubu dan kuarters lama yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO

Moto negara

Moto negara Luxembourg adalah ‘Mir welleblewewatmirsinn’ yang bermaksud ‘Kami mahu mengekalkan identiti kami’.

Agama

Luxembourg adalah negara sekular dimana 87% dari populasinya menganut ajaran Roman Katolik dan Portugal menjadi imigran terbesar di sana dengan lebih 100,000 orang.

Ingin melawat Luxembourg? Sila lawati laman web rasmi di sini

Jom baca artikel lain Maldives : Negara kepulauan dengan pantai yang memutih

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.


Kongsi Artikel ini :