Madagascar : Sebuah Negara Kepulauan Yang Unik

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Madagascar : Negara Kepulauan yang terletak di sebelah benua Afrika

1. Republik Madagascar adalah sebuah negara Kepulauan yang terletak di Lautan Hindi lebih kurang 400 kilometer dari pesisir pantai Afrika Timur.

2. Dalam bahasa Malagasy, pulau ini dikenali sebagai Madagasikara dan penduduknya dikenali sebagai Malagasy.

3. Madagascar adalah pulau yang keempat terbesar di dunia dengan keluasan 592,800 kilometer persegi dengan populasi penduduk sebanyak 26 juta pada tahun 2018.

4. Madagascar adalah sebuah negara yang kaya dengan flora dan fauna dimana lebih 90% spesies yang berada di pulau tersebut tidak terdapat di tempat lain. Ini kerana pada 88 juta tahun yang lalu, Madagascar telah terpisah dari benua India dan membentuk pulau dan ekosistemnya yang tersendiri. Tidak seperti filem Madagascar yang memaparkan pelbagai haiwan, harimau, zirafah dan badak sumbu tidak terdapat di pulau tersebut.

Pokok Baobab : 6 dari 9 spesies pokok ini ada terdapat di Madagascar

5. Madagascar mengeksports lebih 80% vanila semulajadi ke seluruh dunia dan merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan bijih titanium.

6. Lemur (sejenis primat) telah digazetkan sebagai haiwan yang sering dikaitkan dengan Madagascar oleh Persatuan Konservasi Dunia manakala pokok Baobab pula adalah pokok kebangsaan bagi negara Madagascar.

Lemur : Sejenis Primat

 

Like page Facebook kami untuk pelbagai info menarik :

sakudigital

 

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *