Masjid Camlica : Masjid terbesar di Turki (Dibuka pada tahun 2019)

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Masjid Camlica, Istanbul, Turki

Masjid Camlica ialah sebuah masjid yang terletak di bandar Istanbul dan menjadi masjid paling terbesar di negara Turki. Masjid yang siap dibina pada tahun 2019 ini boleh memuatkan sebanyak 63000 orang jemaah dan mempunyai tempat letak kereta sebanyak 3500 petak. Uniknya, Masjid Camlica telah di reka oleh dua orang arkitek perempuan yang bernama Bahar Mizrak dan Hayriye Gul Totu. Masjid yang menelan belanja sehingga 150 juta Lira Turki ini mempunyai 70 kubah dan 6 menara yang melambangkan 6 rukun Islam. Menaranya pula mempunyai ketinggian sehingga 107.1 meter. Selain untuk beribadah, masjid ini juga mempunyai pameran seni, perpustakaan, dewan persidangan, bengkel seni dan tempat letak kereta bawah tanah.

Masjid ini adalah salah satu projek mega yang dibiayai oleh Kerajaan Turki untuk menunjukkan kekuatan ekonomi dan meninggalkan legasi untuk parti pemerintah Turki iaitu Parti AK. Pada majlis perasmian Masjid ini, Presiden Turki RecepTayyip Edorgan telah berkata

‘Kuda mati meninggalkan pelana, manusia mati meninggalkan hasil kerjanya, kita akan diingati tentang ini’.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *