Milo : Minuman rakyat yang diminati tidak kira tua atau muda

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Milo, ratah pun sedap…

Siapa yang tidak kenal Milo, ada yang menyebutnya ‘Mailo’. Milo adalah minuman kegemaran rakyat Malaysia dan wajib ada di setiap kedai makan bahkan restoran seperti KFC dan juga McDonald. Minuman yang berasaskan coklat dan malt ini juga wajib berada di rumah setiap penduduk Malaysia. Ada yang suka milo kosong tanpa gula, diisi susu pekat manis, diratah begitu sahaja, disapu di atas roti, diletak di dalam kek, dicampur dengan Nescafe dan banyak lagi. Jom kita lihat fakta tentang milo yang menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia yang mungkin kita tidak sangka:

1. Milo dicipta oleh seorang warganegara Australia yang bernama Thomas Mayne yang bekerja sebagai ahli kimia industri dan seorang pencipta di syarikat Nestle. Milo telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1934 di Sambutan Diraja Easter Sydney di Australia.

2. Nama Milo diambil sempena nama seorang atlit Greece Kuno yang bernama Milo of Croton. Milo adalah seorang ahli gusti yang terkenal pada tahun 6 sebelum Masihi yang berasal dari Magna Graecian bandar Croton. Beliau telah banyak memenangi perlawanan gusti dalam acara sukan yang diadakan di Greece.

3. Milo dibuat dari susu, bijirin barli atau gandum dan serbuk koko. MILO mempunyai kandungan vitamin seperti B2, B3, B6 dan C dan menjadi minuman suplemen semasa negara kita sedang membangun selepas merdeka. Kini, minuman ini wajib berada di dalam rak makanan di setiap rumah keluarga di Malaysia.

3. Bukan sahaja popular di Malaysia, Milo juga popular di negara Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Chile, Colombia, Sri Lanka, Peru, Barat dan tengah Afrika. Tetapi, rasa dan komposisi Milo adalah berlainan mengikut negara. Dikatakan Malaysia adalah pengguna Milo terbesar di dunia.

4. Milo juga dikatakan mempunyai rasa yang berbeza jika di jual sebagai air kotak, dibancuh di Restoran Mamak, dibancuh di Lori Milo dan berbeza jika dibuat oleh orang yang berlainan. Milo yang dibancuh oleh ibu dirumah sebagai sarapan ketika hendak ke sekolah juga mempunyai rasa yang berbeza. Kenapa Milo mempunyai rasa yang berbeza? Mungkin disebabkan oleh nisbah susu dan serbuk milo yang berlainan. Boleh jadi juga, suhu ketika bancuhan yang berbeza dan tambahan perasa yang lain seperti susu cair.

5. Kebiasaanya Milo dijual di dalam tin atau plastik yang bewarna hijau tertera seseorang yang sedang bermain sukan seperti bola sepak, berlari dan bermain bola keranjang.

6. Milo dikaitkan dengan aktiviti sukan di Malaysia. Jika anda masih ingat, lori Milo sangat dinanti di perkarangan sekolah atau acara-acara sukan. Murid-murid akan beratur panjang untuk merasakan air milo yang dibancuh di lori. Satu tagline yang kita sentiasa ingat dan menjadi nostalgia adalah ‘Minum Milo anda jadi sihat dan kuat’.

Jika anda suka tentang artikel ini, jom like Facebook kami untuk bacaan santai yang lain.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

One thought on “Milo : Minuman rakyat yang diminati tidak kira tua atau muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *