Motivasi : Anda mampu dan Anda Boleh

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi : Anda mampu dan Anda Boleh
Motivasi : Anda mampu dan Anda Boleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menyelusuri kehidupan didunia ini. Manusia perlu saling ingat mengingati dan pesan memesan antara satu sama lain. Manusia itu sifatnya mudah pelupa dan hatinya perlu diisi dengan inti-pati agar dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh semangat.

Pilihan kata-kata motivasi pada hari ini adalah

Kekuatan tidak akan datang dari perkara yang biasa dibuat. Ia datang apabila anda mampu melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah anda fikirkan anda boleh.

Seringkali kita melakukan perkara yang sama setiap hari. Tidak berubah. Statik dan pegun. Otak memerlukan cabaran untuk berkembang. Berada di zon selesa akan membuatkan kita menguncup. Menguncup seperti semalu.

Buat sesuatu yang baru yang lain dari kebiasaan sehingga kita merasa selesa. Seperti pepatah Inggeris ini

“Life begins at the end of your comfort zone”

Hanya apabila kita membunuh perasaan takut kita, kita akan mula merasai kejayaan.

Anda boleh, kita boleh, semua orang pun boleh.

Jom kita hayati lagu dari Sheila Majid iaitu Lagenda.

Sejuta bintang di angkasa
Sinarnya mempesona
Sebutir bintang di taman seni
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama takkan pudar

Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada budaya
Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau… lagenda

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •