Motivasi : Dibenci kerana prinsip, Disenangi kerana sandiwara.

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di kala wabak Covid-19 ini. Semoga kalian semua dilapangkan dada dan diberikan ketenangan. Semoga kalian semua diberikan hidayah dan pertunjuk. Semoga kalian semua diberikan kekuatan dan kecekalan. Dan semoga kita berjaya menghapuskan wabak Covid-19 ini dengan jayanya. Amin ya Rabbal Alamin.

Rezeki itu tidak hanya berupa wang ringgit tetapi rezeki itu sangat luas ; Kesihatan itu rezeki, ketenangan itu rezeki, kedamaian itu rezeki, keluarga yang bahagia itu rezeki, isteri, suami, dan anak yang soleh itu rezeki, hidayah dan ilmu itu rezeki, dan yang paling utama adalah diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini untuk sehari lagi adalah nikmat rezeki yang tidak boleh didusta lagi. ِ”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan” Maksudnya : Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan? – Surah Ar Rahman.

Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

“Lebih baik kamu dibenci kerana prinsip
daripada kamu disenangi kerana sandiwara”

Manusia tidak lari daripada prinsip, etika dan akhlak. Kerana akhlak dan etika lah kita boleh hidup secara harmoni dan bermasyarakat. Sering kali kita dibenci kerana tidak sehaluan dengan orang lain. Kerana haluan itu salah dari segi moral dan agama. Jika kita tidak mengikut nanti mungkin dipulaukan dan disisihkan. Ada juga kemungkinan jika kita menegakkan prinsip kita dibuang kerja atau gaji tidak naik sampai ke pencen. Tidak apa sahabat, rezeki itu datangnya apabila sesuatu itu selari dengan keberkatan. Jika tidak mampu menggunakan fizikal, gunalah kata-kata, jika tidak mampu berucap, bantahlah didalam hati.

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)].

Kita boleh sementara hidupnya melakukan apa saja yang disukai, tetapi apa pun kita mesti menemui pencinta
dan berdepan dengan pengadilanNYA di alam akhirat yang mana tidak berlaku semua kezaliman, penipuan, sogok, simpati dan penyelewengan kuasa tetapi yang berlaku adalah keadilan sepenuhnya. Berpeganglah kepada prinsip, etika dan akhlak seperti Rasulullah SAW.  Allah berfirman dalam Surah Al Ahzab ayat 21, “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

Baca artikel sebelum ini disini Motivasi & Kehidupan : Isi hidup ini dengan pengalaman bukan kebendaan.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *