Motivasi : Disebalik Senyuman

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi Kehidupan
Motivasi Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan ketenagan dalam menghadapi wabak Covid-19 ini.

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

Hanya kerana seseorang itu kelihatan tersenyum sepanjang masa
tidak bererti bahawa kehidupannya sempurna.
Senyuman itu adalah simbol kepada harapan dan kekuatan beliau.

Disebalik senyuman itu mungkin ada tangisan.
Disebalik senyuman itu mungkin ada penderitaan yang terpendam.
Disebalik senyuman itu mungkin ada kelukaan.
Disebalik senyuman itu mungkin tersimpan seribu satu rahsia.
Disebalik senyuman itu mungkin ada kebencian,
Disebalik  senyuman itu mungkin ada penyesalan

Ada diantara kita yang sentiasa tersenyum dan tertawa menghiburkan hati orang-orang disekelilingnya. Walaupun mereka juga seperti kita, punya masalah tetapi mereka bijak menyembunyikan perasaan demi untuk menghidupkan suasana dan menghiburkan orang lain. Disebalik senyuman itu penuh dengan kedukaan, kesusahan dan kepayahan yang disimpan untuk dijadikan azimat meneruskan kehidupan.

Puas menangis dibelakang sehingga air mata kering, puas menghadapi segala onak dan duri didalam kehidupan, puas menghadapi cabaran dan dugaan. Akhirnya mereka bangkit dan berjaya menghadapi segala rintangan. Senyuman itu adalah simbol harapan dan kekuatan yang tidak dapat ditarik dari empunya diri.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •