Motivasi : Jalan sukar, destinasi Indah

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi : Jalan sukar, destinasi Indah
Motivasi : Jalan sukar, destinasi Indah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dilapangkan akal fikiran agar dapat meneruskan kehidupan didunia yang penuh pancaroba ini.

Kali ini penulis ingin berkongsi satu ayat-ayat motivasi yang berbunyi :

“Jalan yang sukar selalunya membawa kepada destinasi yang indah”

Penulis tahu ayat ini memang klise. Ayat ini jika kita beri kepada seseorang yang sedang melalui jalan yang sukar, mungkin beliau akan memarahi kita kerana memberi harapan palsu. Kita semua pernah mengalami situasi dimana kita ingin berputus asa terhadap segala rintangan, hambatan, kepayahan, kerumitan dan ranjau. Dan pada akhirnya kita dijanjikan dengan sesuatu yang indah dan bermakna.

Analogi nya seperti kita mendaki gunung, pada mulanya kita perlu mengharungi hutan belantara, kecerunan yang tinggi, jalan yang licin, serangga atau haiwan berbisa, ranting pokok yang tajam, tumit yang melecet, kehausan, kepenatan. Pada akhirnya, setelah sampai ke puncak, kita dihidangkan dengan satu pemandangan yang sangat indah dan menakjubkan. Begitu juga dengan kehidupan, proses yang kita lalui dijadikan pengalaman yang sangat berharga kerana tidak semua mampu sampai ke puncak.

Dan benar, jalan yang sukar itu selalunya membuatkan kita kesunyian. Ibarat seperti seekor serigala yang kelaparan didalam hutan. Tapi, kita harus percaya kepada diri kita. Kita mampu melakukan dan mengharunginnya.

 

Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasehati untuk kebenaran dan saling menasehati untuk kesabaran – Surah Al-Ashr Ayat 1-3.

Jom kita hayati lagu dari kumpulan UNIC- Seindah Sabar

Seringkali kita tertanya
Mengapakah kita diuji
Silih ganti
Tak berhenti
Kadang kala tak terdaya
Ada waktu kita tak mampu
Ada waktu kita keliru
Kita rebah
Meratapi nasib
Bangkitkan semula harapan kepadaNya
حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر
Musibah itu hikmah
حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر
Sabarlah menempuhi dugaanNya
Ujian itu pengajaran
Untuk kita renung kembali
Dimanakah letaknya keimanan
Fikirlah sedalamnya wahai insan
حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر
Muzibah itu hikmah
حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر
Cukup Allah bagiku
Sebaik-baik pembantu
حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر
Khabarkan berita gembira
Bagimu syurga
Bagimu syurga
Bagimu syurga

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •