Motivasi & Kehidupan : Sikap adalah segala-galanya

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi & Kehidupan
Motivasi & Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua berada didalam keadaan yang sihat dan mampu untuk bekerja bagi menyara keluarga. Ada yang menanggung ibu bapa, adik-beradik yang masih disekolah, saudara mara yang dalam kesusahan dan sahabat-sahabat yang memerlukan. Apa pun tanggungjawab anda, penulis berdoa agar kalian semua dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan tanggungjawab kalian. Rezeki itu tidak hanya berupa wang ringgit tetapi rezeki itu sangat luas ; Kesihatan itu rezeki, ketenangan itu rezeki, kedamaian itu rezeki, keluarga yang bahagia itu rezeki, isteri, suami, dan anak yang soleh itu rezeki, hidayah dan ilmu itu rezeki, dan yang paling utama adalah diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini untuk sehari lagi adalah nikmat rezeki yang tidak boleh didusta lagi. Syukur kepada Tuhan pencipta Alam. Alhamdulillah.

Kalini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi kehidupan yang berbunyi :

“Masa menentukan dengan siapa yang kamu akan bertemu didalam kehidupan.
Hati pula menentukan siapa yang kamu mahu didalam kehidupan.
Sikap dan tingkah laku pula menentukan siapa yang kekal dengan kamu”

Sikap… Siapa yang pernah kecewa dengan sikap seseorang yang tidak ingin berubah walaupun seinci. Tidak lansung ada tanda-tanda perubahan walaupun sudah berbuih mulut menasihati. Malah, dimarahi dan dihamunnya kita balik sehingga kita terduduk menangis. Siapa tidak bengang dan putus asa kan.

Kita tidak boleh memaksa mereka untuk berubah. Berleter, bebel, marah dan mengugut tidak berapa efektif untuk membuatkan seseorang itu berubah.  Tetapi mengikut satu kajian yang diterbitkan didalam Journal of Consumer Psychology telah mendapati bahawa seseorang boleh berubah jika kita bertanya soalan tentang perilaku dan sikap mereka pada masa depan.

Sebagai contoh, jika anda ingin menyuruh pasangan anda untuk menyimpan duit kerana kerap membeli barang diatas talian, anda akan memberi nasihat seperti berikut ” Kita kena simpan duit bang untuk masa depan anak-anak kita”. Tetapi nasihat tersebut biasanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Pengkaji mendapati bahawa jika kita semacam bertanya soalan kepada mereka seperti ini ” Bang, bang. Syg nak tanya sedikit ni, Abang ada simpan tak duit untuk masa depan anak-anak kita? Peluang untuk mereka berubah adalah lebih tinggi.

Manusia akan berubah apabila zon selesa mereka terganggu dan berkata tidak pada soalan tersebut akan membuatkan diri mereka berasa tidak selesa dan tidak keruan kerana mereka sebenarnya tidak menyimpan.

Tekniknya adalah tanya soalan mati iaitu ada jawapan ya atau tidak sahaja. Yang kedua, jangan bertanya dalam nada sarcastic atau memerli kerana manusia tidak suka diperli.

Akhir kata, jangan berputus asa untuk mencuba sehingga mereka betul-betul sudah berubah. Kita usaha, kita berdoa dan kita bertawakal. Walaupun tips ni nampak simple tapi telah terbukti dari kajian yang dilakukan bahawa teknik ini berkesan dalam merubah seseorang dalam jangka masa panjang.

Baca artikel sebelum ini disini 5 tanda kehidupan anda sedang berubah menjadi lebih baik

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •