Motivasi : Kejayaan proses yang panjang

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi : Kejayaan proses yang panjang
Motivasi : Kejayaan proses yang panjang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Moga – moga anda semua diberikan kelapangan hati dan kesenangan dalam mengharungi liku-liku kehidupan di pasca wabak Covid-19 ini. Semoga kita dapat membanteras dan membasmi wabak ini dari terus merebak dan menjangkiti keluarga dan sahabat handai kita.

Kali ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

Kejayaan…Memang ia adalah proses yang sangat perlahan. Tetapi berhenti ditengah jalan tidak akan membantu untuk mempercepatkannya.

Setiap dari kita mengimpikan kejayaan. Tetapi kejayaan itu tidak datang bergolek kerana perlu ada usaha seperti kata pepatah:

“Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”.

Kita manusia memang sukakan jalan yang singkat dan senang. Berapa ramai yang berhenti ditengah jalan kerana tidak lagi bernafsu untuk meneruskan matlamat dan cita-cita. Penat, lelah dan lesu itu pasti datang ketika kita sedang berusaha. Ambil nafas yang panjang dan berhenti seketika. Teruskanlah perjalananmu wahai sahabat. Perjalanan menuju ke kejayaan.

Jom kita layan lagu Pusara di Lebuhraya oleh Ekamatra :

Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi
Terbayanglah kisah lalu
Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti
Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya
Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi
Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya
Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi
Ke arah tujuan cinta abadi

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •