Motivasi : Lebih baik dari hari semalam

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lebih baik dari semalam
Lebih baik dari semalam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Moga- moga anda semua dalam keadaan baik dan sihat. Bermula pada hari ini admin akan berkongsi mengenai kata-kata motivasi yang boleh membuatkan kita berfikir dan mengambil pengajaran. Sebagai manusia, kadangkala kita mengalami moral down yang mengakibatkan seluruh kehidupan kita menjadi suram dan tidak bermaya. Kita perlukan satu booster untuk membakar semangat kita supaya terus menjalani kehidupan didunia yang penuh pancaroba ini. Dan booster tersebut adalah ayat-ayat atau kata-kata motivasi.

Kata-kata motivasi pada hari ini adalah “Aku selalu ingin menjadi seseorang yang lebih baik pada keesokkan harinya berbanding hari sebelumnya”.

Setiap hari kita cuba baiki diri kita untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Kita cuba untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding hari semalam. Hari semalam yang tidak efektif dilupakan kerana hari esok masih ada. Hari esok buatlah yang terbaik supaya di hujung hari kita merasakan satu kepuasan. Perubahan yang sedikit juga dikira satu pencapaian !

Jom admin kongsikan lirik lagu ‘Lamunan Hati’ yang dinyanyikan oleh Wann. Kita karaoke bersama.

Esok pasti ditangan Tuhan
Bukan aku yang menentukan
Usahlah engkau salah sangka
Masa merubah segalanya

Semangatku bagaikan hilang
Dibawa dirimu oh sayang
Walaupun perit hidup ini
Akan aku tenang selalu

( korus )
Dibibir aku mengukir senyuman
Dihatiku tersimpan kepedihan
Biarpun engkau
Tiada lagi
Aku setia mengingati
Biar diri aku seorang
Hanyut dilautan
Lamunan tak bertepi

( ulang dari korus )

 

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •