Motivasi : Menangi minda anda, realiti jadi kenyataan

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi : Menangi minda anda, realiti jadi kenyataan
Motivasi : Menangi minda anda, realiti jadi kenyataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada didalam keadaan sihat dan tabah dalam menghadapi wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia khususnya di tanah air kita yang tercinta ini.

Anda boleh semak situasi terkini wabak covid-19 ini disini :

Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi berkaitan minda kita iaitu :

“Menangi minda anda dan anda akan menang didalam realiti”

Apakah yang penyumbang terbesar kepada kejayaan? ‘Mindset’ kita.

Seringkali kita tewas awal walaupun hanya dalam perancangan sahaja. Kita sendiri menimbulkan keraguan dalam keputusan kita sebagai contoh “Bolehkah aku melakukan ini?”, “Apa pandangan orang lain?”, Betulkah keputusan aku ini?”, “Kalau gagal macam mana?” dan bermacam-macam lagi alasan, helah, madah dan dalih yang diberi sebelum sempat perancangan itu diterjemahkan.

Bagaimana hendak mengelakkan perkara ini terjadi? Pertama sekali kita boleh menterjemahkan perancangan kita diatas kertas, diari atau didalam komputer. Mempunyai matlamat yang jelas membantu kita lebih fokus dan kekal dilandasan yang betul.

Kedua, perkara yang lebih penting adalah ‘progress’ bukannya kesempurnaan. Acapkali kita lebih menekankan kesempurnaan berbanding perlaksanaan dan akibatnya matlamat tidak dapat dicapai kerana kita telah penat mencari kesempurnaan. Buku yang ditulis oleh Jeff Olson yang bertajuk Slight Edge : Turning Simple Disciplines into Massive Success & Happiness boleh membantu kita untuk memahami apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan ‘progress’. ‘Progress’ yang sedikit demi sedikit dilakukan secara disiplin setiap hari akan menghasilkan satu keputusan yang elok dikemudian hari berbanding melakukan dengan sekaligus.

Yang terakhir, percayalah kepada diri kita sendiri. Jika kita ingin menjadi peniaga, percaya yang kita mampu lakukan. Jika kita ingin memiliki sebuah rumah, yakin kita pasti akan memegang kuncinya nanti. Jika anda bercita-cita ingin menjadi petani yang berjaya, tetapkan hatimu bahawa tanaman anda berada dirak-rak pasaraya besar. Akui keupayaan kita, jangan merendah-rendahkah ia. Insyallah kita pasti berjaya.

Jom kita hayati lagu dari Aizat Amdan ini Harapan Jadi Nyata.

Kau ada untuk semua
Terus bermakna meredah usia
Tiada noktah berpesan
Walau sekadar dengan senyuman
Hidup bermaruah
Bangsanya megah berusaha
Mencecah sejarah
Menyentuh jutaan manusia
Sememangnya akan ada halangan
Harunginya agar harapan
Menjadi nyata
Mata hatimu melihat jauh
Tajam suara mengejut lena
Bertahan untuk segala
Kita bertahan bersama sama
Hidup bermaruah
Bangsanya megah berusaha
Mencecah sejarah
Menyentuh jutaan manusia
Sememangnya akan ada halangan
Harunginya agar harapan
Hidup bermaruah
Bangsanya megah berusaha
Mencecah sejarah
Menyentuh jutaan manusia
Sememangnya akan ada halangan
Harunginya (harunginya)
Agar harapan (agar harapan)
Harunginya (harunginya)
Agar harapan
Menjadi nyata (menjadi nyata)
Menjadi nyata (menjadi nyata)
Menjadi nyata (menjadi nyata)
Menjadi nyata
Menjadi nyata

 

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •