Motivasi : Mula semula dan ubah pengakhirannya

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi wabak covid-19 yang sedang melanda dunia khususnya di tanah air tercinta ini. Kita mampu untuk melawannya dan kita mampu bangkit selepas ini. Akan ada pelangi selepas hujan, akan ada senyuman setelah tangisan, akan ada kekuatan setelah diberi ujian. Insya Allah.

Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

“Kamu tidak boleh berpatah balik untuk mengubah keputusan yang asal
tetapi kamu boleh mulakan yang baru dan ubah pengakhirannya”

Dalam kehidupan ini adakalanya kita membuat keputusan yang tidak tepat seterusnya mengakibatkan kegagalan. Tetapi usah putus asa dan hilang semangat kerana mungkin kita boleh mengubah pengakhirannya. Keputusan awal tidak boleh diubah kerana perkara tersebut sudah berlaku. Kita tidak boleh pergi ke masa lampau unuk mengubahnya, tetapi kita boleh mulakan yang baru dan ubah pengkahirannya.

Yang telah berlalu biarkan, yang didepan harus diharungi. Jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran. Kita mempunyai hari esok dan pagi yang ceria untuk kita mulakan semula dengan cuba membina aura positif, konstruktif dan bermakna. Kita berdamai dengan masa lampau dan cuba untuk berubah sedikit demi sedikit, dari hari ke hari dan seterusnya terus kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagi.

Baca artikel sebelum ini disini Motivasi & Kehidupan : Peluang yang disia-siakan

Jom kita hayati lagu dari Shila Amzah iaitu Ke Akhir Garisan :

Memulakan langkah yang jitu
Mengenggam seribu impian yang sama
Takkan berputus asa dengan mudah
Bukakanlah langkahmu

Mendongak ke langit
Luasnya harapan
Sinaran sang mentari yang seakan
Memburu ledakan kini membara

Gegarkan jiwa lebarkan sayap
Terbanglah ke udara lonjakkanlah dirimu
Gegarkan hati hembuskan bara
Nyalakanlah semangat
Jangan berhenti hingga
Ke akhir garisan

Mendongak ke langit
Luasnya harapan
Sinran sang mentari yang seakan
Memburu ledakan kini membara

Gegarkan jiwa lebarkan sayap
Terbanglah ke udara lonjakkanlah dirimu
Gegarkan hati hembuskan bara
Nyalakanlah semangat
Jangan berhenti hingga
Ke akhir garisan

 

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •