Motivasi : Permata dalam diri

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi : Permata dalam diri
Motivasi : Permata dalam diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Moga-moga anda semua berada didalam keadaan sihat dan baik dalam usaha kita untuk mengekang wabak covid-19 ini. Kita mampu melakukannya dengan berusaha, berdoa dan bertawakal. Marilah kita sama-sama berdoa supaya negara kita, keluarga kita, saudara kita, dan kawan kita dijauhi dan dihindari dari terkena wabak ini. Mohon juga kita semua diberi kekuatan dan tenaga bagi menghadapi cabaran ini supaya kita tidak tumpas dipertengahan jalan.  Amin ya rabbal alamin.

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

“Tidak perlu orang lain untuk menilai kamu. Kerana dirimu adalah permata”

Seringkali kita membiarkan diri kita dihina, dikeji, dimaki, ditolak dan dipandang rendah. Kita ambil pusing dengan kata-kata mereka walhal tidak satu sen pun menggunakan harta mereka. Sudah sampai masanya, kita tidak lagi mengambil pusing penilaian dan kata-kata mereka. Matlamat mereka hanya satu, melihat kita jatuh. Jangan biarkan mereka mempunyai peluang untuk mentertawakan kita. Ibarat anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh.

Dirimu adalah permata yang hilang, yang bila digilap akan bersinar. Usah takut dan usah bimbang, kerana apa yang tidak membunuhmu akan membuatmu teguh.

Jom kita hayati lagu dari Dayang Nurfaizah – Sebentar

Baca artikel sebelum ini Motivasi : Tiada limit dalam apa yang boleh dicapai

Ini bukan pertama kali aku terluka
Dah berapa kali pun aku sudah lupa
Lali, lali aku lali
Bukan ku tak pernah cuba selamat kan semua
Dan tak pernah pula aku terlalu mencuba
Lali, lali aku lali
Masih disini teguh ku berdiri
Suka dan duka silih berganti
Ini semua
Tak akan lama
Ini semua sebentar
Sebentar saja
Percayalah
Tiada apa yang selamanya
Semuanya hanya sementara
Ini semua sebentar
Sebentar saja
Percayalah
Waktu mengubati semuanya
Sabarlah tempuhi segalanya
Semakin banyak yang diri ku lalui
Semakin tiada aku tempuhi
Lali, lali aku lali
Masih disini teguh ku berdiri,
Suka dan duka silih berganti
Ini semua
Tak akan lama
Ini semua sebentar
Sebentar saja
Percayalah oh oh
Tiada apa yang selamanya
Semuanya hanya sementara
Ini semua sebentar
Sebentar saja
Percayalah woo ohh
Waktu mengubati semuanya
Sabarlah tempuhi segalanya
Apa yang tak membunuhku
Membuatku teguh
Ku tak ragu
Apa yang tak membunuhku
Membuatku teguh
Ku tak ragu
Masih disini teguh ku berdiri
Suka dan duka silih berganti
Ini semua
Tak akan lama
Ini semua sebentar
Sebentar saja
Percayalah
Tiada apa yang selamanya
Semuanya hanya sementara
Ini semua sebentar
Sebentar saja
Percayalah
Waktu mengubati semuanya
Sabarlah tempuhi segalanya
Apa yang tak membunuhku
Membuatku teguh
Ku tak ragu


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •