Motivasi : Selalu nampak sukar sehingga ia berjaya dilakukan

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 Motivasi : Selalu nampak sukar sehingga ia berjaya dilakukan
Motivasi : Selalu nampak sukar sehingga ia berjaya dilakukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan dimurahkan rezeki dalam menghadapi wabak Covid-19 ini. Dikalangan kita ini ada yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup, marilah kita berdoa bersama-sama agar mereka dapat menempuhi cabaran yang tidak diduga ini.

Perkongsian pada hari ini berkisar tentang masalah yang pada mulanya nampak sukar untuk diatasi tetapi setelah berjaya nampak macam mudah. Siapa yang pernah melalui situasi seperti ini? Sudah tentu ramai yang pernah menghadapi situasi sebegini dan ramai juga yang kecundang dipertengahan jalan.

Kita manusia memang cintakan zon selesa. Kita tidak mahu keluar dari kepompong jika sudah selesa dengan sesuatu keadaan. Bila mana dugaan itu datang kita tidak mampu untuk mengatasinya dan seterusnya mengalami tekanan perasaan atau depresi. Manusia hanya akan belajar apabila kita keluar dari zon selesa kita dan mencuba sesuatu yang baru.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh kita dalam mengatasi masalah adalah, kekal tenang dan cuba kawal perasaan. Tanamkan dalam fikiran bahawa aku mampu mengatasinya !

Yang kedua adalah, jangan lari dari masalah. Ambil tanggungjawab yang anda perlu menyelesaikan masalah tersebut. Lari dari masalah tidak akan membuatkan kita tenang dan masalah itu akan berulang.

Yang ketiga adalah tulis masalah tersebut dengan jelas didalam kertas, diari atau buku. Pecahkan masalah kepada beberapa point atau bahagian jika masalah tersebut terlalu besar.

Yang keempat adalah anggap masalah tersebut sebagai ruang untuk meningkatkan keupayaan dan sebagai cabaran kepada diri sendiri. Yakin bahawa anda mampu untuk mengatasinya.

Dan yang terakhir, minta bantuan dari rakan-rakan, keluarga mahupun pasangan. Insyaallah mereka akan membantu sedaya yang mungkin.

Ingat pepatah ini Kusut di hujung balik ke pangkal , Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Baca artikel sebelum ini disini Motivasi : Masa terbaik adalah masa untuk diri sendiri


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •