Motivasi : Tanam cita-citamu sekarang

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi : Tanam cita-citamu sekarang
Motivasi : Tanam cita-citamu sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Semoga kita semua berada didalam keadaan sihat dan kuat bagi menempuh wabak covid-19 yang sedang melanda dunia khususnya di Malaysia. Allah SWT befirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 155 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Kali ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

“Masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lepas.
Masa kedua terbaik adalah sekarang”

Tiada istilah saat yang tepat dalam melakukan sesuatu. Lambat atau cepat, yang pasti anda telah lakukan. Setiap orang mempunyai garis masa yang berbeza, ada yang umur 20 tahun sudah berkahwin, ada yang umur 25 baru mendapat pekerjaan tetap, ada yang umur 35 baru berkahwin, ada yang umur 40 tahun baru mempunyai anak. Usah risau dan khuatir, perkara yang terpenting adalah anda telah melakukannya.

Permulaan awal itu bagus dan sangat digalakkan. Tetapi ada diantara kita semua mempunyai pelbagai kekangan yang memerlukan masa yang lebih lama. Tidak apa, itulah rencah kehidupan yang perlu kita tempuh.

Berhenti memberikan alasan kerana alasan itu akan menyebabkan aura negatif meresap didalam pemikiran kita. Jauhi orang yang negatif kerana mereka mempunyai masalah untuk setiap penyelesaian.

Tanam cita-cita kita sekarang, dan tuailah hasilnya dikemudian hari. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. 

Jom kita hayati lagu dari Malique dan Nukilan, Bukan Mudah

Hampir lelah hampir jatuh diri ini
Bila separuh semangat tiada di sisi
Tak mengapa ku tempuhi dugaan
Bukan mudah berjalan berseorangan
Tubuh yang mengah lesu, berkais dan melombong
Pulang menapak laju dalam langkah yang melonjong
Yang menegur khabarku, berpaling bukan sombong
Titikku kini satu senyumkan yang dah melolong
Kadang terkena pedang bermata dua kurebah
Sedang terleka pandang permata disengat lebah
Biarpun lelah, lara takkan gundah dalam lemah
Ku sedar bukan mudah diludah beransur kebah
Pecah jari-jemari tekan tubi pensil kayu
Resah harianku telan ubi berkipas bayu
Bangkit hadap mentari biar terik ku tak layu
Berlari kerah lagi selagi ku dirgahayu
Tiada yang ringan dalam hal yang dititik-beratkan
Tekanan, perjalanan jadi pengalaman beratkan
Bermula dari angan bergiat sampai ke tua
Masih terngiang suara ibu membisik petua
Hampir lelah hampir jatuh diri ini
Bila separuh semangat tiada di sisi
Tak mengapa ku tempuhi dugaan
Bukan mudah berjalan berseorangan
Berjaya melangkah pagar kawat berduri
Percaya, adakah hidup ini berjuri?
Sentiasa dihakim, dihukum darah sendiri
Berjasa pun dihakim, dihukum jasa dicuri
Bersuara lantang ku tiada cara dipertengah
Berdiri tegak aku nak diendah hingga megah
Berdiam diri pula dibakar hati disergah
Menyiram benih cita nak bercambah bukan mudah
Ke langit tidak sampai ke bumi tidak terpijak
Sesak nafas tergapai, maka tangkis dengan bijak
Mana langit kujunjung di situ bumi kupijak
Usaha yang kan usung pergerakan harus bijak
Bersedia di zahir mahirkan dari dirantai
Usah endah yang diraptai gusar hilang nak bersantai
Rujuklah awal akhir sebelum merempuh badai
Demi yang menanti jangan sekali maruah digadai
Hampir lelah hampir jatuh diri ini
Bila separuh semangat tiada di sisi
Tak mengapa ku tempuhi dugaan
Bukan mudah berjalan berseorangan
Dengarkan, fikirkan, zikirkan, dikirkan
Serapah pejuang-ulang sehingga mahkota dijulang
Dari putih mata, biar putus tunjang putih tulang
Walaupun terbuang, dampar dasar cerun curam suram
Kalau hati bercahaya pasti temui jalan pulang
Tukar orientasi, modifikasi modus operandi
Digantikan cogan, gantikan slogan hidup lataif nan mati
Diasahkan taji, kibarkan panji-panji ingati janji-janji
Serikandi masih menanti-nanti di menara candi
Ya, menara candi
Masih menantikanmu di menara candi
Hampir lelah hampir jatuh diri ini
Bila separuh semangat tiada di sisi
Tak mengapa ku tempuhi dugaan
Bukan mudah berjalan berseorangan
Damba domba putih atau domba emas jati
Hanya satu punya sakti tikam hati-hati
Patah-patah yang bercambah menambah risiko
Muncul kemenangan bila terhapusnya ego

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •