Motivasi : Tiada limit dalam apa yang boleh dicapai

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tiada limit dalam apa yang boleh dicapai
Tiada limit dalam apa yang boleh dicapai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat, aman dan tenang dalam menghadapi segala ujian yang sedang diberikanNya.

Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

“Tiada limit dalam apa yang boleh dicapai.
Kecuali, kamu sendiri membataskan pemikiranmu”

Satu kajian telah dijalankan kepada 2 orang yang menghidapi migrain. Responden A diberikan ubat migrain yang betul, Responden B diberikan ubat migrain yang palsu. Keputusannya, kedua-dua responden mengatakan bahawa ubat itu berkesan bagi mereka. Mengapa ini terjadi? Kejadian ini dinamakan kesan Placebo (Placebo effect). Powernya Kesan Placebo ini sehinggakan kita berasakan sihat walaupun ubat yang diberi itu palsu. Minda kita telah disamarkan oleh perkara yang positif menyebabkan hormon endorfin dan dopamin dilepaskan. Hormon ini adalah hormon gembira yang drembeskan oleh badan supaya kita hilang rasa sakit.

Manusia sering membatalkan hasrat mereka untuk berjaya kerana awal-awal lagi telah menanam mindset bahawa mereka tidak mampu. Jika kita menanam perasaan negatif, badan kita akan seboleh-bolehnya mengelak dari melakukannya. Ubah mindset kita dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. I can do it, I can make it.

Baca post sebelum ini Motivasi : Percaya nampak peluang. Sangsi nampak halangan

Jom kita hayati lagu dari Malique – Pejamkan Mata (feat. Dayang Nurfaizah) :

Sebermula maka dipaksa diam, dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
Dah diragut total, cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal
Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur masyghul, runsing… jah
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu
Aku terdengar suara itu lagi dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan
Pejamkan mata (hakikatnya nirvana di sana)
Mata yang lesu itu (di sini masih lagi samsara)
Dan mimpikan yang indah (cuba tak diperhambanya dunia)
Mimpikan aku (suka tapi aku cuba)
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu (Ya.sukar tapi aku cuba)
Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindunganmu
Walaupun gerhananya
Seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi
Tak usah khuatir
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

One thought on “Motivasi : Tiada limit dalam apa yang boleh dicapai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *