NEGARA INDIA : 5 FAKTA MENARIK

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengenalan

Negara India tertelak di Benua Asia Selatan dengan nama rasminya Republik India.

Negara India adalah negara yang mempunyai penduduk kedua teramai di dunia selepas negara China

Ibu negara India adalah adalah New Delhi manakala bandar terbesar adalah Mumbai

1. Pejabat Pos

India mempunyai rangkaian pejabat pos yang terbesar di dunia dengan lebih 155015 buah pejabat pos.

India juga mempunyai sebuah pejabat pos terapung yang terletak di tasik Dal Lake daerah Srinagar.

2. Kawasan paling lembab di dunia

Sebuah kampung yang bernama Mawsynram di dalam negeri Meghalaya adalah kawasan yang paling lembab di dunia. Kampung tersebut mencatatkan purata hujan turun paling banyak di dunia dengan purata 11,871 milimeter setahun.  Manakala Kuala Pilah adalah daerah di Negeri Sembilan yang taburan hujannya paling sedikit di MALAYSIA dengan hanya 1190milimiter setahun.

Kawasan paling lembab di dunia

3. Penduduk kedua teramai di dunia

India adalah negara kedua di dunia yang mempunyai penduduk paling ramai iaitu sebanyak 1.3 bilion.  Malaysia hanya mempunyai lebih kurang 30 juta penduduk. Berapa banyak 1.3 bilion itu? Ia ada sebanyak 9 kosong (zero). Juta pula hanya ada 6 kosong (zero).

Negara kedua paling ramai penduduk

4. India dan Bahasa Inggeris

India adalah negara kedua didunia selepas Amerika Syarikat yang warganya bertutur dalam Bahasa Inggeris paling ramai dengan lebih 125 juta orang. United Kingdom pula hanya ada 66 juta orang menutur Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

5. Vegeterian

Negara India adalah negara yang paling ramai yang mengamalkan cara pemakanan Vegeterian (Hanya makan makanan yang berasaskan tumbuh tumbuhan). Adolf Hitler adalah seorang yang mengamalkan vegeterian.

Makanlah sayur-sayuran untuk kesihatan yang baik

Kesimpulan

Negara India mempunyai banyak tempat yang menarik dan bersejarah.

Dengan bilangan penduduk yang mencecah 1.3 billion, tak hairan satu masa nanti negara India akan menjadi salah sebuah ekonomi terbaik dunia.

Berminat artikel ini, jom baca tentang Sweden : Kitar Semula Menjadi Budaya

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •