Netherland : Negara Kincir Angin

Kongsi Artikel ini :

Amsterdam

Netherland terletak di barat laut Eropah yang terkenal dengan tanaman bunga Tulip dan kincir angin. Ibu negara dan bandar terbesar Netherland adalah Amsterdam. Netherland juga terkenal kerana berjaya menebus tanah sejak abad ke 16 lagi. Lebih dari separuh negara Netherlands berada di bawah paras laut. Lapangan terbang Schiphol sebenarnya berada pada 4.5 meter di bawah paras laut.

1. Ketinggian

Orang Netherland adalah orang yang paling tinggi di dunia dengan purata ketinggian 184 centimeter bagi lelaki dan 170 sentimeter untuk perempuan.
Para saintis menjelaskan faktor ketinggian ini mungkin disebabkan oleh faktor keturunan (DNA), nutrisi dan kebajikan dan mungkin disebabkan mereka suka makan makanan yang berasaskan susu.

2. Pengeksport tanaman kedua terbesar dunia

Negara Netherland adalah negara yang paling padat penduduk di Benua Eropah. Untuk setiap kilometer persegi, terdapat 487 orang menduduki kawasan tersebut. Netherland mempunyai penduduk seramai lebih 17 juta pada tahun 2019. Walaupun mempunyai penduduk yang padat, Netherland adalah pengeksport produk tanaman kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat.

3. Negara rata.

Negara Netherland adalah negara yang rata seperti pankek. Vaalserberg yang terletak di wilayah Limburg adalah puncak tertinggi di Netherland dengan hanya setinggi 322.7 meter.

4. Bunga Tulip

Netherland sangat terkenal dengan penanaman bunga Tulip. Bunga Tulip dari Netherland dieksport di seluruh dunia kerana kecantikan dan kualitinya. Tetapi bunga Tulip bukanlah berasal dari Netherland, ia telah diimport dari negara Turki dan terbukti berupaya hidup di negara Netherland. Jika anda ingin melihat bunga Tulip dan bunga-bunga yang lain, jom melawat Taman Keukenhof yang terletak di Lisse, South Holland. Taman ini adalah antara taman bunga yang terbesar di dunia.

Bunga Tulip
Jika anda suka akan Netherland, apa kata anda lawat laman web ini.
Like Facebook kami untuk mendapatkan info-info terkini.

 


Kongsi Artikel ini :