Notre-Dame de Paris : Gereja yang sarat dengan sejarah dan seni bina

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Gereja Notre-Dame

Notre-Dame de Paris atau lebih dikenali sebagai Notre Dam bermaksud ‘Our Lady of Paris’. Gereja ini dibina pada tahun 1160 dibawah Bishop Maurice de Sully dan siap sepenuhnya pada tahun 1260.  Gereja ini terletak di Ile de la Cite di kawasan ke-4 Bandar Paris, Perancis. Gereja ini dikatakan adalah contoh senibina Gothik Perancis yang paling terbaik sekali.

Sebanyak 12 juta pelancong mengunjungi gereja ini setiap tahun menjadikan salah satu tempat yang paling banyak dilawati pelancong di Perancis. Kenapa gereja ini unik? Ini kerana, senibina yang mempunyai banyak ukiran, penggunaan inovasi bumbung yang menarik, tingkap bewarna warni dan arca-arca yang sangat cantik dan berseni.

Tingkap yang bewarna warni

Pada sekitar tahun 1790an, gereja ini mengalami zaman kejatuhannya dimana imej keagaamaan dan reputasinya sebagai gereja telah rosak dan musnah. Minat terhadap gereja ini mula timbul apabila seorang penulis novel yang bernama Victor Hugo telah menulis novel yang bertajuk Notre Dame de Paris (The Hunchback of Notre-Dame , Si bongkok dari Notre-Dame). Buku ini telah mencetuskan pemuliharaan semula gereja ini sekitar tahun 1844 sehingga 1864. Sejak dari itu, gereja ini semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung dan penduduk tempatan.

Pada 15 April 2019, semasa dalam pengubahsuaian dan pemuliharaan bumbung, gereja ini telah terbakar menyebabkan kerosakan teruk pada menara dan atap. Presiden Perancis Emmanuel Macron telah berjanji akan membina dan memulih baik kembali gereja tersebut. Dikatakan kutipan derma untuk membina dan membaiki semula gereja ini telah mencapai 700 juta.

Jika anda suka tentang artikel ini, jom like Facebook kami untuk bacaan santai yang lain.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *