Paraguay : Jantung Benua Amerika Selatan

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bendera Paraguay

Paraguay adalah sebuah negara yang tidak mempunyai laut (landlocked) yang terletak di tengah benua Amerika Selatan.Dalam bahasa Spanish, Paraguay dipanggil ‘Republica del Paraguay’ manakala dalam bahasa Guarani ialah ‘Teta Paraguai’. Paraguay bersempadan dengan Argentina di selatan dan barat daya, Brazil di timur dan timur laut dan Bolivia di barat laut. Disebabkan negara ini terletak di tengah-tengah benua Amerika Selatan, Paraguay juga dipanggil ‘Corazon de Sudamerica’ yang bermaksud jantung Benua Amerika Selatan. Lebih daripada 95 peratus penduduk Paraguay berketurunan Mestizo dan 89 peratus dari penduduknya menganut ajaran Kristian Roman Katolik. Paraguay mempunyai 2 bahasa rasmi iaitu Sepanyol dan Guarani. Dengan keluasan 406,752 kilometer persegi, Paraguay adalah negara ke 59 terbesar dunia dengan populasi sebanyak 7.1 juta orang. Matawang bagi Paraguay adalah Guarani.

2. Empangan Itaipu

Hampir 99.9 tenaga elektrik bagi negara Paraguay datangnya dari hidroelektrik dan 75% peratus darinya datang dari empangan Itaipu menjadikan Paraguay antara negara di dunia yang paling bersih dari segi penggunaan elektrik. Empangan Itaipu adalah empangan hidroelektrik yang kedua terbesar di dunia. Dibina pada tahun 1984, empangan ini adalah empangan terbesar di dunia sebelum empangan Three Gorges Dam di China siap dibina pada tahun 2008. Pada tahun 2016, empangan ini mencatatkan pengeluaran tenaga eletrik terbanyak di dunia bagi empangan hidroeletrik. Lebihan tenaga dari empangan ini dieksort ke negara Brazil dengan kabel elektrik sepanjang 800 kilometer.

Empangan Itaipu

3. Ekonomi

Dari segi ekonomi, Paraguay adalah pengeluar kacang soya ke 6 terbesar dunia dan kedua terbesar dalam pengeluaran Stevia

4. Air Terjun Saltos del Monday

Jika anda ke Paraguay, pastikan anda melawat Air Terjun Saltos del Monday yang berukuran 45 meter tinggi dan 120 meter lebar yang terletak di Presidente Franco District, Alto ParanĂ¡ Department.

Air terjun Saltos del Monday

5. Sungai Paraguay

Sungai Paraguay yang membahagi negara Paraguay adalah sungai kedua terpanjang di Benua Amerika Selatan selepas sungai Amazon.

6. Tepuk tangan

Kebanyakkan rumah di Paraguay tidak mempunyai loceng pintu, oleh itu pelawat mestilah menepuk tangan untuk memberitahu tuan rumah kedatangan tetamu.

7. Bahasa Guarani

Bahasa Guarani adalah bahasa onomatopoeic bermaksud, bahasa ini menggunakan bunyi dari alam sekitar seperti bunyi haiwan dalam bahasa mereka.

Jika anda suka akan Paraguay, apa kata anda lawat laman web ini.
Like Facebook kami untuk mendapatkan info-info terkini.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *