Pelan Internet Pascabayar Terbaik bagi Telefon Pintar : Maxis atau Celcom

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Setiap dari kita inginkan internet yang laju bagi telefon pintar bagi memudahkan kita melayari media sosial tanpa gangguan.  Pernahkan anda melayari sesuatu media sosial tetapi terpaksa menunggu seketika bagi membolehkan kandungan dipaparkan.

Kadang kala pautan yang disertakan juga mengambil masa yang lama untuk dibuka. Walaupun ada yang sanggup menunggu, tetapi jika kerap berlaku boleh menaikkan darah pengguna juga.

Kali ini, kita akan bandingkan antara Maxis dan Celcom bagi Pelan Internet Pascabayar.

Pelan Pascabayar Maxis

Maxis

Maxis menyediakan plan internet sehingga 60GB. Terdapat 4 plan internet bermula dari 30GB,  40GB,  50GB dan 60GB. Setiap satu plan beharga RM98, RM128,  RM158, dan RM188.

Pelan RM98.00

Kapasiti data internet harian 20GB
Hari Minggu : 10GB
Panggilan dan SMS : Percuma ke semua penyedia perkhidmatan

Pelan RM128.00

Kapasiti data internet harian 40GB
Data tidak terbahagi antara mingguan atau harian.
Panggilan dan SMS : Percuma ke semua penyedia perkhidmatan

Pelan RM158.00

Kapasiti data internet harian 50GB
Data tidak terbahagi antara mingguan atau harian.
Panggilan dan SMS : Percuma ke semua penyedia perkhidmatan

Pelan RM188.00

Kapasiti data internet harian 60GB
Data tidak terbahagi antara mingguan atau harian.
Panggilan dan SMS : Percuma ke semua penyedia perkhidmatan

Pelan Pascabayar Celcom

Celcom

Celcom pula menyediakan 5 pelan internet yang bermula dari RM80,  RM 98 , RM 128,  RM 148 dan RM 188.

Pelan RM80.00 (20GB)

Kapasiti data internet harian : 10GB
Hari Minggu : 10GB
Video Walla : Percuma 30GB
Panggilan dan SMS : Percuma ke semua penyedia perkhidmatan

Pelan RM98.00 (40GB)

Kapasiti data internet harian : 20GB
Hari Minggu : 20GB
Super Video Walla : Percuma 100GB
Panggilan dan SMS : Percuma ke semua penyedia perkhidmatan

Pelan RM128.00 (50GB)

Kapasiti data internet harian : 25GB
Hari Minggu : 25GB
Super Video Walla : Percuma 100GB
Panggilan dan SMS : Percuma ke semua penyedia perkhidmatan

Pelan RM148.00 (60GB)

Kapasiti data internet harian : 30GB
Hari Minggu : 30GB
Super Video Walla : Percuma 100GB
Panggilan dan SMS : Percuma ke semua penyedia perkhidmatan

Pelan RM188.00 (100GB)

Kapasiti data internet harian : 100GB
Data tidak terbahagi antara mingguan atau harian.
Super Video Walla : Percuma 100GB
Panggilan dan SMS : Percuma ke semua penyedia perkhidmatan

Secara kesimpulannya, dari segi kapasiti data berbanding harga, Celcom lebih murah dengan Rm188.00 untuk 100GB data. Manakala, Maxis Rm188.00 dengan 60GB data. Semua plan memberikan panggilan dan sms percuma ke semua rangkaian.  Apa yang membezakan Celcom dan Maxis adalah kelajuan muat turun dan muat naik. Maxis mengikut laporan Open Signal pada bulan Oktober 2018 mencatatkan kepantasan kelajuan muat turun dan muat naik yang paling tinggi berbanding rangkaian yang lain. Dengan kelajuan muat naik sehingga 22.5 Mbps, Maxis adalah satu-satunya rangkaian yang melepasi 20Mbps dalam ujian yang dilakukan oleh pihak open signal.

Berapakah bajet yang anda peruntukkan untuk data internet bagi telefon anda?Keperluan pengguna semua berbeza, ada yang lebih mementingkan kelajuan, ada pula yang lebih mementingkan harga.Tepuk dada tanya poket.

Like Facebook kami untuk mendapatkan info-info terkini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •