Plan Internet Data Tanpa Had yang Terbaik : Maxis, Celcom, Digi & U Mobile

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Adakah anda tercari-cari pelan internet telefon yang sesuai dengan anda? Tetapi anda keliru dengan lambakan pelan yang ditawarkan oleh pihak penyedia perkhidmatan. Setiap syarikat telekomunikasi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada yang yang memberi data tanpa had, tetapi kelajuan Intenetnya sangat perlahan, ada yang memberi kelajuan tinggi tetapi harga yang mahal dan data yang terhad.

Sebagai pengguna, kita mesti inginkan data tanpa had, kelajuan internet yang laju, hotspot tanpa had dan kadar bayaran yang berpatutan.

Buat masa sekarang, Maxis adalah penyedia perkhidmatan internet paling pantas di dalam Malaysia.

Ia dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh OpenSignal pada bulan 4 yang lalu. Tetapi kadar bayaran untuk Maxis adalah agak mahal.

Tekan sini untuk survey yang dilakukan oleh Open Signal.

Oleh itu, berikut adalah senarai penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkan plan internet tanpa had mereka :

4 Penyedia Perkhidmatan Internet Telefon Mudah Alih

Maxis

Jika dilihat pada jadual diatas, New Maxis One Plan adalah pilihan terbaik pengguna dengan menyediakan data panggilan dan hotspot tanpa had. Plan tersebut mengabungkan plan internet di rumah dengan kelajuan 30mbps. Cuma harganya agak mahal berbanding penyedia perkhidmatan yang lain disebabkan Maxis menyediakan broadband untuk dipakai di rumah.

Tekan sini untuk New Maxis One Plan

Celcom

Setakat ini, tiada lagi plan dari Celcom menawarkan data tanpa had kepada penggunanya. Yang paling tinggi Celcom boleh bagi anda adalah sebanyak 100GB data dan 100GB Super Video Walla.

Vidoe Walla ini apa pula? Video Walla ini adalah aplikasi yang ditawarkan secara percuma sehingga 100GB seperti menonton Youtube, Tonton, Astro Go, Netflix, Iflix, Smule dan macam-macam lagi.

Digi

Digi melalui plan nya Infinite Internet menawarkan pelan internet dan hotspot tanpa had dengan harga RM 100.00 dan RM150.00. Untuk plan RM100, Digi memberikan Internet data tanpa had dan hotspot sebanyak 20 GB yang dicapped sehingga 10mbps sahaja. Manakala untuk plan RM150.00, Digi memberikan plan internet data dan hotspot tanpa had secara kelajuan penuh. Yang ini memang berbaloi sebab pengguna dapat menggunakan hotspot tanpa had. Plan ini hanya boleh dilanggani dengan melayari laman web syarikat tersebut disini.

Tekan sini untuk Digi Infinite Internet

U Mobile

Dengan plan Unlimited Hero P99 anda boleh mendapatkan internet dan panggilan percuma tanpa had. Bagi Hotspot pula, plan ini menawarkan sebanyak 30GB untuk pengguna mereka. Harganya agak berbaloi dengan hanya RM99.00. Walaubagaimanpun, liputan U Mobile tidaklah seluas penyedia perkhidmatan yang lain terutamanya di kawasan luar bandar.

Jika anda ingin streaming secara High Definition anda boleh ambil plan U Mobile Unlimited Hero P139. Plan ini menyediakan internet tanpa had dan hotspot sebanyak 50GB.

Tekan sini untuk U Mobile Unlimited Hero P99

Tekan sini untuk U Mobile Unlimited Hero P139

Pilihan anda?

Jika wang bukan masalah anda, Maxis adalah pilihan terbaik. Jika anda inginkan yang lebih ekonomi anda bolehlah memilih U Mobile yang menawarkan internet dan panggilan tanpa had dengan hanya RM 99.00. Kalau ada bajet lebih sedikit bolehlah ambil Digi Infinite Plan. Terpulang kepada pengguna punya keperluan internet, adakah anda seorang yang heavy users atau yang light user.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •