Plan Internet Tanpa Had Pra Bayar U Mobile (Prepaid)

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Plan U Mobile : Sumber Laman Web U Mobile
Plan U Mobile : Sumber Laman Web U Mobile

 

Zaman sekarang ini, pengguna biasanya mencari syarikat telekomunikasi yang menawarkan data tanpa had. Data tanpa had seperti sudah menjadi satu kewajipan kepada pengguna. Kuota internet yang diberikan biasanya tidak cukup malah habis sebelum waktu yang ditetapkan. Pengguna terpaksa membeli pakej data yang baru yang kebiasaannya mencekik kita.

Sebelum ini admin ada menulis tentang Plan Internet Tanpa Had bagi plan pascabayar (postpaid). Anda boleh klik link ini bagi plan pascabayar. Kali ini, admin ingin menulis tentang Plan Internet Tanpa Had U Mobile bagi Pra Bayar pula.

Tak semua orang ingin terikat dengan pembayaran wajib bulanan bagi postpaid. Ada juga yang telah disenarai hitam untuk melanggan plan postpaid. Plan postpaid juga biasanya lebih mahal dari plan prepaid. Oleh itu, pelanggan boleh beralih kepada prepaid kerana ia lebih mudah dan murah. Guna yang diperlukan oleh kita dan lebih flexible.

U Mobile telah mengeluarkan 3 plan prepaid untuk data tanpa had (unlimited data) iaitu plan GX12 ,plan GX30 dan GX38 Jom kita lihat apa yang ditawarkan dalam plan ini.

GX12
GX 12 menawarkan plan data tanpa had bagi tempoh seminggu. Bermakna anda perlu kekal aktif untuk menikmati plan ini dengan menambah nilai sebanyak RM12 setiap minggu. Anda juga diberi panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian. Tiada kuota internet dibahagi untuk hari minggu dan hari bekerja. Anda juga diberi 1GB data percuma untuk hostpots.

GX30
GX30 pula menawarkan plan data tanpa had bagi tempoh satu bulan. Bayarannya adalah sebanyak RM30 per bulan. Plan ini hanya menawarkan data tanpa had percuma tetapi tidak kepada panggilan. Untuk hotspot, plan ini menawarkan hotspot percuma sebanyak 3GB.

GX38
GX30 pula menawarkan plan data tanpa had bagi tempoh satu bulan. Bayarannya adalah sebanyak RM38 per bulan. Plan ini hanya menawarkan data tanpa had percuma tetapi tidak kepada panggilan. Untuk hotspot, plan ini menawarkan hotspot percuma sebanyak 6GB. Apa perbezaan ketara adalah kelajuan internetnya adalah 6mbps berbanding GX30 dan GX12 yang hanya menawarkan kelajuan internet sebanyak 3mbps.

Jom kita lihat ringkasan dibawah :

GX12
Data : Tanpa had
Panggilan : Tanpa had kesemua rangkaian
Hotspot : 1GB
Bayaran : RM12
Aktif : Mingguan (7 hari)
Kelajuan : 3mbps
Sumber : Klik Link ini untuk ke laman web U Mobile

GX30
Data : Tanpa Had
Panggilan : Berbayar
Hotspot : 3GB
Bayaran : RM30
Aktif : Bulanan (30 hari)
Kelajuan : 3mbps
Sumber : Klik Link ini untuk ke laman web U Mobile

GX38
Data : Tanpa Had
Panggilan : Berbayar
Hotspot : 6GB
Bayaran : RM38
Aktif : Bulanan (30 hari)
Kelajuan : 6mbps
Sumber : Klik Link ini untuk ke laman web U Mobile

Mana satu pilihan kalbu? Jika anda inginkan data tanpa had dan panggilan telefon percuma kesemua rangkaian, GX12 adalah pilihan terbaik. Jumlah yang perlu dibayar untuk satu bulan bagi plan ini adalah sebanyak RM48.

Jika anda bukan kaki gayut, anda boleh pilih plan GX30 yang hanya menawarkan plan internet tanpa had tanpa panggilan percuma. Bayarannya hanya RM30 sebulan. Tetapi perlu diingat, kelajuan yang diberi hanyalah sebanyak 3mbps untuk semua aplikasi seperti web browsing, game dan lain-lain. Tepuk dada tanya poket !

Jika ingin kelajuan yang lebih tinggi, hotspots yang lebih besar dan tidak kisah untuk berbelanja lebih bolehlah pilih GX38.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •