Romania : Viata-n libertate ori moarte (Kehidupan dalam kebebasan atau kematian!)

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Istana Peles, Romania

Romania adalah negara yang terletak di timur tengah dan tenggara benua Eropah. Romania bersempadan dengan Laut Hitam di tenggara, Bulgaria di selatan, Ukraine di utara, Hungary di barat, Serba di barat laut, dan Moldova di timur. Penduduk Romania pada tahun 2019 adalah sebanyak 19.5 juta orang. Ibu negara dan bandar terbesar adalah Bucharest. Romania menggunakan Romanian Leu (RON) sebagai matawang mereka. Bahasa rasmi mereka adalah Romanian dan majoriti penduduk di disana menganut agama Kristian Ortodoks Timur.

1. Romanus

Nama Romania berasal dari perkataan Latin iaitu romanus yang bermaksud Rakyat Empayar Rome.

2. Istana Parlimen

Bangunan parlimen di Bucharest adalah bangunan kerajaan ke dua terbesar di dunia selepas bangunan Pentagon di Amerika Syarikat. Bangunan tersebut berketinggian 84 meter dan mempunyai luas lantai sebesar 365,000 meter persegi. Bangunan ini adalah bangunan yang paling berat di dunia dengan berat sebanyak 4,098,500,000 kilogram. Bangunan ini mengambil masa sehingga 13 tahun untuk siap dan direka oleh seorang arkitek bernama Anca Petrescu.

Istana Parlimen

3. Arcul de Triumf

Ibu negara Romania, Bucharest juga dipanggil ‘Paris Kecil’ kerana bandar Arcul de Triumf yang dibina pada tahun 1935 mengambil rekaan bangunan Arc de Triomphe di Paris.

Arcul de Triumf

4. Hadiah Nobel

Romania adalah antara negara yang mempunyai pemenang Hadiah Nobel yang banyak seperti George Emil Palade dalam bidang perubatan, Herta Muller dalam bidang kesusasteraan, Stefan Hell dalam bidang kimia dan banyak lagi.

5. Sapanta Peri

Dengan ketinggian 257 kaki iaitu 78 meter, Gereja Sapanta Peri yang terletak di daerah Maramures barat laut Romania adalah gereja yang diperbuat dari kayu paling tinggi di dunia.

Jika anda suka akan Romania, apa kata anda lawat laman web ini.

Like Facebook kami untuk mendapatkan info-info terkini.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *