Tabiat yang boleh mengubah hidup anda.

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jom kita ikut tabiat dibawah untuk kehidupan yang lebih baik :

1. Minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur.

Kita tidak minum air selama lebih kurang 8 jam semasa tidur, oleh itu badan anda akan dehidrasi semasa bangun dari tidur. Dengan minum air sebaik sahaja bangun dari tidur, ia akan membantu metabolisma dan membuang toksik dalam badan. Segelas air pastinya permulaan hari yang baik !

2. Sentiasa bersyukur.

Paling penting kita bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang untuk hidup di muka bumi sehingga hari ini. Bersyukur juga kerana kita mempunyai tempat berlindung. Bersyukur juga kerana kita masih boleh menikmati juadah setiap hari.

3. Buat To-do-list sebelum anda tidur

Buat perancangan awal dengan menyenaraikan perkara atau tugasan yang perlu dilakukan untuk hari esok. Tak kisahlah didalam telefon pintar anda, di dalam komputer atau laptop mahupun secara konvensional iaitu mencatat dalam buku nota.

4. Sarapan yang sihat

Pernah dengar pepatah Inggeris ‘Eat Breakfast Like a King, Lunch Like a Prince and Dinner Like a Pauper’.  Kalau menyelami pepatah ini, makanlah seperti raja semasa sarapan bermaksud makan lengkap dengan karbohidrat, protein, serat dan buah buahan. Pentingnya sarapan ini adalah kerana kita memerlukan tenaga untuk menjalani aktiviti dari pagi hingga ke petang.

5. Tidur yang cukup

Cuba tidur awal setiap hari. Anda akan lihat satu perubahan yang besar ke atas diri anda. Pastikan anda tahu berapa lamakah tidur yang mencukupi bagi anda. Macam mana nak tahu anda sudah cukup tidur? Bila anda bangun, anda rasa segar dan tidak liat untuk bangun. Setiap orang berbeza kadar tidurnya, ada yang 5, 6 , 7 dan 8 jam. Jangan pula terlebih tidur, nanti anda jadi lemau.

6. Cuba tolong orang setiap hari.

Semasa hendak tidur, cuba fikir apakah yang anda telah capai untuk sehari-harian kita. Adakah hari ini lebih dari semalam? Cuba tolong orang lain setiap hari dari banyak segi. Contoh yang paling senang adalah mengajar seseorang dengan ilmu yang baru. Pertolongan bukan hanya wang ringgit tetapi lebih besar dari itu. Tunjuk jalan untuk orang yang sedang mencari rumah saudara juga satu pertolongan.

Memang perubahan sangatlah susah. Ia memerlukan dedikasi dan masa yang panjang. Ada yang cakap ia memerlukan 3 bulan yang berterusan. Tapi saya rasakan perlukan sekurang-kurangnya 2 tahun barulah anda dapat tengok hasilnya. Orang tidak suka perkara yang lambat dapat hasilnya, tetapi yang susah itulah menghasilkan keputusan yang baik. Cuba dulu satu tabiat, pastinya yang lain akan menyusul.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •