Tasik Saiful Muluk : Tasik Biru Pada Ketinggian 3 ribu meter.

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tasik Saiful Muluk, Photo by Azeem Shera from Pexels

Tasik yang terletak di Lembah Kaghan, dekat bandar Naran Pakistan, ini adalah antara tasik yang tercantik di dunia. Ramai pelancong jika datang ke Pakistan tidak akan melepaskan peluang untuk ke tasik ini. Apa yang membuatkan tasik ini unik dan cantik ialah, tasik ini berada pada ketinggian 3,224 meter dari aras laut dan dikelilingi oleh pergunungan yang sangat cantik. Air yang membiru dan cuaca yang nyaman menjadikan ia satu kombinasi yang baik bagi pengemar alam semulajadi untuk melawat tempat ini.

Bagaimana untuk ke tasik ini? Pelancong boleh menyewa kenderaan pacuan empat roda atau motorsikal dengan penduduk tempatan. Jalannya agak ekstrim kerana tiada jalan yang berturap untuk ke sana. Perjalanan ke tasik tersebut mengambil masa sehingga lebih kurang sejam untuk sampai walaupun jaraknya hanyalah 9km. Masa yang sesuai untuk mendaki adalah pada musim panas dan akses dihadkan pada musim sejuk kerana jalan yang licin.

Jalan ke Tasik Saiful Muluk

Tasik ini terbentuk oleh ‘moraine glasier’ yang telah menyekat air dari mengalir ke lembah. Lembah Kaghan telah terbentuk lebih kurang 300 ratus ribu tahun yang lalu dimana kawasan tersebut dilitupi oleh ais. Peningkatan suhu dan glasier yang meresap ke dalam tanah menyebabkan ais tersebut cair dan membentuk sebuah tasik.

Cerita rakyat mengatakan tasik ini dinamakan sempena seorang putera raja lagenda yang bernama Saif-ul-Muluk. Putera raja ini telah jatuh cinta dengan seorang puteri raja kayangan yang bernama Puteri Badri-ul-Jamala dekat tasik tersebut.

Jika anda ingin melawat Pakistan, pastikan anda menyemak nasihat perjalanan di kedutaan masing-masing sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana terdapat tempat-tempat yang bahaya bagi pelacong untuk dilawat.

Jom kita layan video dibawah tentang perjalanan ke Tasik Saiful Muluk yang sangat menarik,

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •