Tunisia : Negara Etnik Berber

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunisia adalah negara yang terletak di utara Benua Afrika. Nama rasmi bagi Tunisia adalah Republik Negara Tunisia. Tunisia bersempadan dengan Algeria di barat dan barat daya, Libya di tenggara dan Laut Mediterranean di utara dan timur. Hampir 99 peratus penduduk Tunisia beragama Islam dan bahasa rasmi bagi Tunisia adalah Bahasa Arab. 98 peratus penduduk Tunisia berbangsa Arab Berber dan selebihnya berbangsa Eropah, Yahudi dan lain-lain. Sehingga 2017, penduduk Tunisia adalah sebanyak 11.4 juta orang. Ibu negara bagi Tunisia adalah Tunis. Moto bagi Republik Negara Tunisia adalah ‘Hurriyah, Karama, Adalah, Nizam’ yang bermaksud ‘Kemerdekaan, Maruah, Keadilan dan Order’.

2. Cape Angela

Kawasan paling utara di Tunisia adalah Cape Angela dan menjadikan kawasan ini kawasan paling utara di Benua Afrika.

3. Amfiteater El Jem

Amfiteater El Jem adalah amfiteater yang berbentuk Oval yang dibina pada tahun 238 sebelum masihi yang terletak di kawasan sekarang yang dipanggil El Djem, Tunisia. Amfiteater ini telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1979. Ia dibina pada zaman kegemilangan Empayar Rom untuk acara yang memerlukan penonton yang ramai. Amfiteater ini boleh menampung sebanyak 35 ribu orang menjadikan amfiteater ini antara yang terbesar di dunia. Amfiteater ini juga adalah tinggalan bangunan Empayar Rom yang paling terbaik dipelihara di dunia.

Amfiteater El Jem

4. Tunis Medina

Tunis Medina yang terletak di ibu negara Tunisia juga telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1979. Apakah Tunis Medina? Tunis Medina mengandungi 700 monumen termasuklah istana, masjid, makam, madrasah dan air pancut yang telah dibina bermula pada abad ke 12.

Tunis Medina

5. Kairouan

Qeirwan atau dikenali sebagai al-Qayrawan adalah ibu negeri Kairouan. Kairouan telah dibina pada sekitar tahun 670 masihi. Bandar tersebut telah dibangunkan semasa pemerintahan dinasti Umayyah dan menjadi terkenal semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah (661-680 masihi). Kairouan menjadi pusat bagi sarjana Islam dan pembelajaran Al Quran.

Kairouan

Jom melawat Tunisia dengan melayari laman web ini.

Jika anda suka tentang artikel ini, jom like Facebook kami untuk bacaan santai yang lain.

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *