Turkey : Negara yang banyak Tapak Warisan Dunia UNESCO

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1. Hagia Sophia

Kalau melancong di Turki, tidak sah jika anda tidak melawat Hagia Sophia. Dibina pada tahun 537 selepas masihi, Hagia Sophia terkenal kerana kubah gergasinya. Mulanya adalah sebuah gereja Greek Kristian Ortodoks dan ditukar kepada Masjid Emprial Ottoman dan seterusnya dijadikan Muzium Hagia Sophia.
Ia terletak di ibu negara Turki iaitu Istanbul. Muzium ini dilawat oleh jampir 3.3 juta pelancong setiap tahun dan pada tahun 2015, Hagia Sophia menjadi tempat yang paling ramai dilawati oleh pelancong di Turki.

2. Istana Topkapi

Salah satu tempat yang wajib dilawat di Turki, Istana Topkapi dibina pada tahun 1459 oleh Sultan Mehmet kedua selepas 6 tahun penaklukan kota konstantinopal. Ia menjadi tempat tinggal dan pentadbiran bagi kesultanan Ottoman. Pada tahun 1924, Istana Topkapi telah dijadikan muzium yang diselia oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki. Pada tahun 1985, Istana Topkapi telah dimasukkan didalam senarai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

3. Santa Klaus Ho.. Ho.. Ho.

Santa Klaus dikatakan dilahirkan di Patara, Lycia atau sekarang dikenali sebagai Demre di Turki.

4. Kereta api bawah tanah ke dua tertua di dunia

Pada tahun 1875, Keretapi bawah tanah yang diberi nama Tunel telah beroperasi. Tunel menghubungkan bandar Beyogly dengan Karokoy dan adalah keretapi bawah tanah yang ke dua tertua di dunia selepas London.

5. Hazelnut

Turki adalah pengeluar terbesar Hazelnut. Kemungkinan cokelat hazelnut yang anda makan sekarang berasal dari Turki. 72 peratus pengeluaran hazelnut dunia datangnya dari Turki.

Jika anda suka akan Turki, apa kata anda layari laman web ini untuk maklumat tempat menarik di Turki.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *