Uzbekistan : Negara yang bersempadan dengan Negara yang tiada Laut

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1. Ohh Uzbekistan

Negara Uzbekistan dan Liechtenstein adalah satu-satunya negara didalam dunia ini yang ‘Doubly Landlocked’. Bermakna, Uzbekistan tiada akses kepada laut dan bersempadan pula dengan negara yang tiada akses kepada laut juga.

2. Uzbekistan

Nama rasmi bagi Uzbekistan adalah Republik Uzbekistan. Negara ini bersempadan dengan Kazakhstan di Utara, Tajikistan di tenggara dan Kyrgyzstan di timur laut. Ibu negaranya adalah Tashkent, bahasa rasminya adalah Uzbek dan 83.8 peratus dari 33 juta penduduknya adalah beragama Islam.

3. Paling tinggi

Titik yang paling tinggi di Uzbekistan adalah Khazret Sultan yang berketinggian 4643 meter dari aras laut.

4. Makanan Nasional

Palov atau Plov adalah makanan nasional negara Uzbekistan. Dibuat daripada daging, nasi, bawang dan lobak ia menjadi makanan kegemaran bagi penduduk Uzbekistan. Lagenda orang di sana mengatakan resepi asal Palov adalah daripada Alexander the Great.

5. Kapas

Siapa yang tak suka pakaian diperbuat dari kain kapas kan. Lebih selesa, lembut dan menyerap peluh berbanding polyster atau jenis kain yang lain.
Sementara itu, Uzbekistan adalah pengeksport kapas kedua terbesar di dunia. Selain kapas, mereka juga pengeksport emas, minyak, gas asli dan uranium (salah satu bahan untuk menghasilkan nuklear : baca tenaga)

6. Tapak Warisan Dunia UNESCO

Uzbekistan mempunyai 5 Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Salah satunya adalah Itchan Kala sebuah bandar yang dilindungi oleh dinding batu yang boleh menjangkau sehingga 10 meter tinggi. Terdapat 50 tinggalan sejarah dan 250 rumah lama yang dibina pada abad ke 18 dan 19. Ia telah diistihar sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1990.

Jika anda suka tentang Uzbekistan apa kata anda lawat laman web ini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •