Vatican City : Negara yang paling kecil di dunia

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1. Pop

Negara ini terletak di dalam negara

Italy atau lebih spesifik di dalam bandar Rome. Dengan hanya keluasan 0.44km persegi, Vatican City adalah negara yang paling kecil di dunia. Negara ini diperintah oleh seorang Pop dan adalah ibu pejabat bagi Gereja Roman Katolik. Penduduknya hanyalah sekitar 1000 orang menjadikan negara paling sikit penduduk di dunia.

2. St. Peter’s Basilica

St. Peter’s Basilica adalah gereja kedua terbesar di dunia selepas Yamoussoukro Basilica di Cote d’Ivoire. Ia mengambil masa sehingga 120 tahun untuk dibina dan kubahnya direka oleh Michelangelo.

3. Stem

Vatican City tidak mempunyai eskport dan import, ekonominya bergantung sepenuhnya kepada penjualan stem pos, cenderamata dan penjualan tiket masuk ke muzium.

4. Karya Seni

Vatican City adalah tempat pengumpulan karya seni dan arca yang paling terkenal di dunia. Nama-nama seperti Bramante, Michelangelo, Giacomo della Porta, Aderno and Bernini adalah arkitek terkenal yang mereka arca dan rekaan dalaman di bangunan. Vatican City adalah satu satunya negara di dunia ini yang dianugerahkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO untuk keseluruhan negara.

5. Penyeluk Saku

Di Vatican City, jenayah yang kerap berlaku adalah menyeluk saku. Ini kerana, Vatican City kerap dilawat oleh pelancong dari serata dunia. Pesalah akan dipenjara di Itali kerana Vatican City tidak mempunyai penjara.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vatican City apakata anda lawat laman web ini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •